• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Proton City di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Aminudin Adam.

Sejurus selepas menyempurnakan majlis itu, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara berkenan melawat pameran hasil kerja murid di sekolah berkenaan.

Sementara itu, Aminudin ketika berucap berkata SK Proton City itu dibina di kawasan seluas 4 hektar dengan kos pembinaan berjumlah RM12 juta.

Katanya sekolah itu mempunyai 27 kelas dengan jumlah murid seramai 764 orang, 48 guru dan enam orang staf sokongan.

Aminudin berkata pembinaan sekolah itu mampu merancakkan pembangunan Tanjung Malim sebagai hab automotif bagi koridor wilayah selatan Perak.

“Selain itu, kerjasama dalam kalangan warga pendidik khasnya di sekolah ini amat penting dalam usaha melahirkan insan cemerlang dalam bidang akademik dan juga terbilang dari segi sahsiah dan peribadi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yakinkan Rakyat Ada Tempat Dalam Keluarga Malaysia – Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rakyat perlu diberi keyakinan bahawa setiap mereka mempunyai tempat dalam keluarga besar Keluarga Malaysia, titah Timbalan Yang...

PM Zahir Penghargaan Atas Pandangan, Nasihat Sultan Nazrin

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd