• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sufian Bersyukur Video Muzik ‘Di Matamu’ Laku Keras

oleh Haris
25/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKIRANYA mengikut perancangan awal, tanggal 23 Mac sepatutnya menjadi hari bahagia penyanyi, Sufian Suhaimi apabila hari tersebut merupakan tarikh dia bergelar suami orang.

Namun, seperti yang sudah diketahui ramai, perancangannya itu tidak menjadi apabila tali pertunangannya yang diikat bersama Elfira Loy terputus di tengah jalan.

Tidak mahu mensia-siakan tarikh bermakna itu, Sufian melancarkan single terbaharunya, Di Matamu beserta video muzik lagu berkenaan di laman YouTube, Jumaat lalu.

Peminat sememangnya tertunggu-tunggu dengan pelancaran versi penuh lagu tersebut memandangkan baru-baru ini lagu berkenaan tular di media sosial serta turut di’cover’ oleh ramai artis.

Justeru, tidak hairanlah apabila lagu itu dilancarkan, peminat berduyun-duyun melihat klip video berkenaan yang kini telah mencecah 2.5 juta tontonan dalam masa hanya dua hari.

Lapor mStar Online, Sufian meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya itu mendapat sambutan memberangsangkan dari pendengar.

Jelasnya, dia sendiri tidak menyangkal agu tersebut akan mencecah jumlah tontonan sehingga dua juta kali ketika baru 24 jam dimuat naik ke YouTube.

“Alhamdulillah, syukur apabila muzik video lagu itu menerima sambutan penonton di laman YouTube dan capai jumlah satu juta tontonan kurang 24 jam dan cecah dua juta dalam masa sehari.

“Perasaan ketika ini susah untuk digambarkan, gembira dan dalam masa sama berterima kasih kepada semua.

“Saya harap semua orang sukakan lagu Di Matamu dan terus memberi sokongan terhadap lagu-lagu saya,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.

Mengulas mengenai penyebab lagu berkenaan mendapat sambutan hangat, Sufian tidak menolak andaian ramai bahwa isu yang dilaluinya itu memberikan impak positif kepada lagu tersebut.

Namun, dia sekali lagi menegaskan bahawa Di Matamu tidak langsung mempunyai kaitan dengan kisah yang terjadi di antara kedua bekas pasangan itu seperti yang diperkatakan ramai.

“Saya tak tolak kemungkinan isu lalu membuatkan lagu ini menjadi hit dalam masa yang cepat dan pendengar yang berasakan ia ada kaitan dengan kisah hidup saya.

“Namun, saya nak tegaskan ia tak ada kena mengena dengan apa telah berlaku kerana lirik tersebut sudah dicipta sejak tahun lalu lagi dan memang saya cadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini,” ujarnya.

Tambahnya lirik yang seakan menceritakan tentang kisah putus tunang mereka sekadar kebetulan memandangkan dia sudah mula menulis lagu itu sebelum berakhirnya hubungan dirinya bersama aktres berkenaan.

Lagu terbaharu Sufian itu kini menduduki tangga pertama di carta Trending YouTube Malaysia serta mendapat komen positif daripada peminat industri muzik negara sejak ia dimuat naik. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: di matamuSufian Suhaimitrending
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Penerima BR1M Di Perlis Kurang – Azlan

Next Post

Bayi Perempuan Didera Maut Kini Jadi Kes Bunuh

Related Posts

Mengapa Pak Din? Si Pengawal Keselamatan ‘Trending’ Di Twitter?

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang jua. Peribahasa yang tepat menggambarkan kisah Pak Din, seorang pengawal...

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat

11/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak mampu menceriakan kehidupan seseorang. Kemunculan mereka dalam hidup sudah semestinya dapat memberikan satu sinar yang...

Next Post

Bayi Perempuan Didera Maut Kini Jadi Kes Bunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd