• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Didera Maut Kini Jadi Kes Bunuh

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menukar kertas siasatan kes kematian seorang bayi perempuan yang dipercayai didera di Manjung, semalam kepada kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan, dipercayai ibu dan bapa tiri mangsa serta pengasuhnya kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan awal mendapati kejadian ini (dera) sudah lama (berlaku) kerana kecederaan yang terdapat pada badan bayi berusia enam bulan itu adalah kecederaan lama.

“Sehubungan itu, kita menukar siasatan daripada penderaan kanak-kanak kepada kes bunuh,” katanya ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Peringatan Polis ke-211 di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam, katanya.

Bayi perempuan itu meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi semalam selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera. – BERNAMA

Tags: bayikes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd