• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Cederakan Anak: Ziana Mohon Diberi Ruang

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI bernada tinggi, Ziana Zain berharap agar masyarakat memberikan ruang kepadanya susulan penahanan suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri pagi ini.

Armin telah didakwa mencederakan anak lelaki mereka menggunakan sebatang rotan pada 25 Februari lalu.

“Beri saya sedikit ruang buat sementara waktu… Saya serahkan semuanya pada Allah swt,” kata Ziana dalam nada sebak semasa dihubungi oleh media hari ini.

Penyanyi itu turut memohon agar masyarakat, terutamanya para peminat, agar memahami situasinya ketika ini.

Armin, 53, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencederakan salah seorang anaknya dengan menggunakan rotan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Baca: Cederakan Anak, Suami Ziana Zain Mengaku Tak Bersalah

Bekas pramugara yang kini tidak bekerja itu dituduh merotan anak lelakinya pada pukul 4 pagi, 25 Februari lalu dan didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda, dirotan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu menurut Armin, dia tidak mendera anaknya tetapi hanya berniat mahu mengajarnya mengaji dan menunaikan solat.

Raja Noor Adilla telah menurunkan ikat jamin daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Ziana bagaimanapun, tidak hadir semasa prosiding mahkamah diadakan.

Ziana dan Armin berkahwin pada Mei 1998 dan mempunyai empat orang anak, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, dan sepasang kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ziana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana – Erra Fazira

19/07/2018
0

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd