• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Shah Alam: KBS Sedia Beri Peruntukan

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia memberi peruntukan bagi menaik taraf Stadium Shah Alam sebagai hab pelancongan sukan di negeri ini.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata langkah menaik taraf stadium itu dilihat bukan sahaja mampu memberi manfaat kepada penduduk di Shah Alam tetapi kepada rakyat Selangor khususnya.

“Saya sokong saranan Ketua Bahagian UMNO Shah Alam (Datuk Azhari Shaari) yang mahukan stadium ini menjadi hab pelancongan dan saya akan beri peruntukan (untuk tujuan itu).

Jangan tanya saya kenapa sekarang baru nak bagi…sebagai menteri saya memang bertanggungjawab untuk sukan, tetapi mereka (kerajaan Selangor) yang tidak minta. Pernah bumbung stadium terpelanting dan saya tawarkan peruntukan (untuk baiki stadium) tetapi mereka tolak,” katanya ketika berucap dalam program Town Hall Transformasi Anak Muda Milenia di sini malam ini.

Khairy berucap di hadapan lebih 1,000 peserta program itu yang terdiri daripada pelajar institusi awam, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu, Azhari mengemukakan cadangan menaik taraf stadium itu sebagai hab pelancongan sukan berikutan Selangor terkenal dengan pasukan bola sepaknya selain untuk membuka peluang golongan muda terlibat secara langsung dalam aktiviti pelancongan sukan di negeri ini.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO, turut memberi jaminan akan mewujudkan ‘Youth Entrepreneurs Outlet’ di sekitar Shah Alam bagi memberi peluang golongan muda menceburi bidang keusahawanan.

“Kalau tidak dapat kerja di sini, kita galakkan anak muda ceburi bidang perniagaan yang mana kita juga merancang untuk wujudkan pusat sehenti.

Pusat sehenti ini akan memudahkan mereka melakukan pendaftaran syarikat, mendapatkan pinjaman dan geran sekali gus sebagai satu inisiatif melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan anak muda,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Stadium Shah Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

Proses Roboh Stadium Shah Alam Selesai Pertengahan Tahun Depan

06/02/2024
0

SHAH ALAM : Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka akan selesai pada pertengahan tahun hadapan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang Berdepan Detik Cemas

Stadium Shah Alam Tetap Diroboh Tahun Ini

01/10/2023
0

SHAH ALAM: Stadium ikonik Selangor, Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan kira-kira 80,300 penonton itu tetap akan dirobohkan pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd