• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Agih RM1 Juta Bantu Usahawan Baharu Sarawak

oleh
06/06/2018
dalam Advertorial, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Ekoran sambutan hangat ramai remaja Sarawak berminat mahu memulakan bisnes sendiri, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk dimanfaatkan usahawan baharu di negeri itu.

Berita gembira itu diumumkan secara mengejut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan ketika merasmikan Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) 2018 di Kuching pada Sabtu.

Dana tambahan menerui skim BizGrant itu ditawarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menganjurkan program karnival selama tiga hari tersebut bermula pada Jumaat lalu di kompleks beli belah City One Megamall.

“Maka dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui SSM memperuntukkan RM1 juta kepada orang Sarawak,” jelas Awang Tengah.

Pengumuman tidak dijangka beliau mewakili Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg turut disambut dengan tepukan gemuruh hampir 1,000 hadirin membanjiri tapak perasmian.

Beliau juga memegang portfolio Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II serta Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak berkata, peruntukan itu merupakan hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan.

“Ia merupakan geran bantuan berbentuk pembiayaan awal yang ditawarkan pihak SSM bernilai RM3,000 untuk setiap bakal usahawan dan perlu memohon skim BizGrant selain melalui proses temuduga,” tambah Awang Tengah.

Turut hadir pada Karnival ONE yang kali ketiga di Sarawak itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong yang mewakili menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Tidak ketinggalan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abdul Wahab Fenner serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Menteri Muda E-Dagang Sarawak, Datuk Mohd. Naroden Majais.

Untuk rekod, Hamzah ketika melancarkan program BizGrant di Perak, pada 10 Mac lalu mengumumkan peruntukan RM5 juta sebelum ia digandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada RM10 juta baru-baru ini.

Mengulas lanjut Awang Tengah menjelaskan bahawa Sarawak masih memiliki banyak potensi yang boleh diteroka kerana meskipun dianggap negeri paling luas di Malaysia, jumlah penduduknya masih kecil iaitu RM2.7 juta orang.

Justeru beliau menyeru remaja Sarawak yang berminat menceburi bidang keusahawanan agar merebut tawaran disediakan SSM dengan menjadikan aktiviti perniagaan sebagai sumber rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

“Saya berharap anak muda Sarawak dapat mengambil peluang keemasan ini menerusi siri program BizFair anjuran SSM yang akan datang berkunjung ke seluruh negeri ini,” tambah Awang Tengah lagi. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: KPDNKKOnline Network EntrepreneursSSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd