• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Di Tahap 100 Peratus Sedia Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara kini berada di tahap 100 peratus bagi memastikan kelancaran perjalanan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata kesiapsiagaan itu meliputi tenaga kerja dan logisitik kelengkapan yang diperlukan selain diperkuatkan dengan latihan, kursus dan penerangan jelas mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

“Sebenarnya, persiapan kita untuk adakan PRU ini telah dilakukan sejak dua tahun lepas. Kita telah persiapkan petugas-petugas di tempat mengundi dan pengiraan undi di seluruh negara,” katanya kepada Bernama sewaktu menjadi tetamu di Program Ruang Bicara, Bernama News Channel, malam ini.

Beliau berkata dijangkakan seramai 250,000 petugas melibatkan SPR dan anggota keselamatan serta pertahanan negara akan terlibat dalam PRU kali ini.

Mohd Hashim berkata pihaknya juga telah bersiap siaga dari segi kelengkapan untuk PRU14 ini termasuk dari segi kemudahan lebih selesa kepada orang kelainan upaya (OKU) seperti memberi bantuan ke tempat mengundi, kemudahan kerusi roda bagi pemilih uzur atau kurang upaya.

Menyentuh mengenai bekalan dakwat kekal, beliau berkata ia telah ditempah awal dan hanya menunggu detik PRU14 sebelum dihantar pembekal untuk digunakan.

Mengulas mengenai kempen pilihan raya, Mohd Hashim berkata 11 hari adalah waktu minimum untuk berkempen dan pihaknya akan mengkaji kepentingan sama ada ini perlu dilanjutkan.

Mohd Hashim juga optimis, pihaknya akan dapat mengendalikan perjalanan PRU dengan cara terbaik, telus, ikhlas dan bersih mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa SPR adalah institusi bebas dan tidak menerima arahan daripada mana-mana pihak. – BERNAMA

Tags: PRU14SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd