• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Dewan Negara Diawal, Mungkin Bubar 6 April?

oleh
20/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANAS… Persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bermula 16 April dan berakhir 30 April telah pun diawalkan mulai 26 Mac dan tamat 5 April serentak dengan persidangan Dewan Rakyat.

Perubahan ini sekali gus menimbulkan teka teki bahawa Parlimen hanya akan dibubarkan paling awal pada 6 April, iaitu sehari selepas kedua-dua dewan tersebut berjaya menamatkan persidangan penggal keenam Parlimen ke-13.

Ini juga menolak jangkaan sesetengah pihak bahawa Parlimen hanya akan dibubarkan sebaik sahaja selesai membahas dan meluluskan usul persempadanan semula yang dikatakan akan dibentangkan pada Isnin depan.

Untuk rekod, sebenarnya bukan sesuatu yang pelik apabila kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang secara serentak kerana ia pernah berlaku sebelum ini meskipun tiada pilihan raya umum diadakan selepas itu.

Difahamkan, Dewan Rakyat akan terus bersidang mengikut jadual dengan membentangkan beberapa rang undang-undang termasuk Perbekalan Tambahan dan akta baharu untuk menangani gejala penularan berita palsu.

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omar Din ketika dihubungi oleh portal BNBBC.my turut mengesahkan menerima pemberitahuan atau notis mesyuarat Dewan Negara akan bermula pada Isnin minggu depan.

Tempoh pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan BN ditunjangi UMNO sekarang hanya akan berakhir 24 Jun depan sebelum Parlimen boleh dibubarkan secara automatik pada tarikh berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Dewan RakyatParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd