• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sibu Pintu Masuk, Pusat Barangan Seludup

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Meskipun jauh dari kawasan sempadan dengan negara lain, Sibu didapati menjadi pintu masuk dan pusat ‘pengagihan’ pelbagai jenis barangan seludup ke kawasan-kawasan lain di Sarawak.

Pegawai Pemerintah Batalion ke-10 Pasukan Gerakan Am Sibu, Supt Sanudin Md Isa berkata barangan seludup yang merangkumi rokok putih dan kretek serta minuman keras dipercayai dibawa masuk dengan kapal-kapal besar menggunakan laluan sungai.

“Barangan itu kemudian diagih untuk penghantaran ke bahagian-bahagian lain, oleh itu, kita akan bekerja keras untuk membantu dan memperlengkap usaha membanteras penyeludupan yang dilakukan oleh agensi penguat kuasa lain,” katanya dalam sidang akhbar di Kem Lanang hari ini.

Sanudin berkata bagi menjayakan usaha itu, aktiviti risikan akan dipertingkat dan pada masa sama pihaknya berharap supaya orang ramai turut tampil membantu dengan memberikan maklumat.

Selain barangan seludup, beliau berkata pihaknya juga akan menumpukan usaha pencegahan kegiatan aktiviti pembalakan haram.

Terdahulu, Sanudin berkata pihaknya telah merampas pelbagai jenis minuman keras dan rokok dipercayai barangan seludup dalam serbuan ke atas dua premis berbeza di sini semalam, melibatkan rampasan dianggarkan bernilai RM75,000.

“Sepasukan 10 anggota dan pegawai diketuai oleh Inspektor Mohd Hafizhazman Hassan melakukan serbuan ke atas dua rumah yang tidak berpenghuni di Jalan Nibong dan Jalan Berlian, masing-masing pada pukul 10 pagi dan 12 tengah hari,” katanya.

Dalam serbuan pertama, pihaknya menjumpai 1,125 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama dan jenis dari negara asing di dalam sebuah garaj berbumbung di rumah tersebut manakala sebanyak 690 karton rokok putih dan kretek serta 324 botol arak pelbagai jenama ditemukan di lokasi serbuan kedua.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentral Sibu manakala barangan seludup yang dirampas dalam serbuan yang turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sibu. – BERNAMA

Tags: seludupSibu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd