• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seret Pelajar Sampai Mati, Pemandu Lori Dibelasah

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGIK… Seorang pemandu lori yang terbabit dalam nahas di Dungun, Terengganu terpaksa tempuh azab dibelasah beramai-ramai selepas melanggar seorang pelajar sekolah sehingga maut.

Pemandu lori berusia 33 tahun itu turut diikat pada kedua-dua tanganya sebelum diserahkan kepada anggota polis yang tiba di lokasi kejadian di Jalan Gong Pasir pada pukul 6.30 petang.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah menasihati orang awam supaya tidak bertindak melulu memukul atau menghukum mana-mana pihak yang terlibat.

“Kejadian pemandu lori itu diikat dan dipukul berlaku sebelum ketibaan anggota polis.

“Jadi kita nasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak melulu atau sesuka hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” kata beliau.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Nur Syuhaiba Shafiee, 15, yang menunggang motosikal secara bersendirian dirempuh oleh pemandu lori berkenaan sehingga menyebabkan mangsa terseret sejauh 20 meter.

Menurut seorang saksi di laman Facebook, mangsa yang juga merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar dikatakan secara melulu cuba masuk ke simpang kanan menghala ke Gong Pasir.

Ini membuatkan pemandu lori berkenaan yang datang dari arah Kuantan, Pahang terus membunyikan hon dan cuba sedaya upaya menghentikan kenderaannya.

Bagaimanapun, lorinya yang sarat dengan muatan berat dikatakan tidak sempat untuk berhenti lalu gagal mengelak motosikal mangsa.

Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dibelasahkemalangan lorimaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd