Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Sehingga semalam, jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan...

Kesan Keseluruhan Kadar Sifar...

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membuat penilaian keseluruhan terhadap...

Andainya Takdir Single Baharu...

PENYANYI bersuara lantang, Anuar Zain kini tampil dengan sebuah album baharu untuk mengubat...

Ini ‘Rare’… IPhone Berbentuk...

SEBUT sahaja negara China, pastinya ramai yang mengetahui negara itu amat sinonim dengan penghasilan barangan...

Isu Sawit: Serangan EU Sebab Bimbang Dominasi

KUALA LUMPUR – Serangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit adalah disebabkan bimbang komoditi itu akan mendominasi bahagian pasaran minyak sayuran pada masa akan datang, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata hari ini, minyak sawit menguasai kira-kira 60 peratus daripada bahagian pasaran minyak sayuran global, meningkat berbanding 10 peratus pada 60an-70an.

“Ini semua atas usaha kerajaan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mah menegaskan langkah diskriminasi EU terhadap minyak sawit, termasuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit mulai 2021, disebabkan kebimbangan blok itu terhadap komoditi tersebut yang akan mendominasi lebih 80 peratus daripada bahagian pasaran dalam dekad yang akan datang.

Bagaimanapun, Mah berkata, langkah proaktif telah diambil, termasuk perbincangan dua hala dengan duta dan ketua delegasi EU ke Malaysia, dan dengan mengetuai misi perdagangan ke blok tersebut.

Menteri itu berkata beliau juga telah berbincang dengan rakan sejawatnya di Thailand dan Indonesia untuk bekerjasama dalam menangani langkah diskriminasi itu.


“Kami akan memastikan isu mengenai minyak sawit diselesaikan sebelum Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-EU dimuktamadkan,” katanya.

Mah berkata kerajaan akan terus berusaha bagi kebajikan lebih 650,000 pekebun kecil di kawasan luar bandar yang akan terjejas oleh sebarang sekatan ke atas minyak sawit.

Eksport minyak sawit Malaysia pada tahun lepas berjumlah RM77.8 bilion, menyumbang 8.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport. Eksport minyak sawit dan produk minyak sawit ke EU berjumlah RM11.03 bilion pada 2016. – BERNAMA

Kategori