• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Senyap Lebih Baik, Tapi Bukan Makna Setuju” – Elfira

oleh
18/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISU putus tunang antara pelakon Elfira Loy dengan penyanyi Sufian Suhaimi kini semakin berpanjangan selepas campur tangan banyak pihak termasuk ibu bapa Elfira sendiri.

Bagaikan sudah penat dengan ‘drama swasta’, Elfira telah memuat naik beberapa Instastory seperti ingin membuka mulut berkenaan isunya tetapi masih berhati-hati dalam berkata-kata.

“Kalian tak faham sebab tidak berada dalam situasi ni. Kebenaran tu memang menyakitkan dan sebab tu saya tak mahu bercakap kerana ia sangat menyakitkan.

“Terima kasih berdiri di sebelah saya tapi Allah tahu apa yang terbaik. Alhamdulillah Allah masih berikan saya kebahagiaan dan ketenangan.

“Sekurang-kurangnya saya tak bercakap tentang kehidupan orang lain,” tulis pelakon kening tebal itu.

Semalam, pengurus Sufian iaitu Mahadhir Mohamad telah ‘buka mulut’ kerana banyak pihak bagaikan menyalahkan artis di bawah jagaannya, Sufian selepas ibu bapa Elfira mula mengeluarkan pelbagai kenyataan kepada media.

Baca: Dah Putus Tunang, Elfira Masih Tetap Hubungi Sufian

Juga: Ibu Elfira Terus Sindir Sufian Di Instagram, Eh Betul Ke?

Lagi: Selepas Ibu, Kini Bapa Elfira Pula Luah Isi Hati

Malah, Mahadhir turut mendedahkan beberapa perkara termasuklah mengenai status hubungan kedua-dua pasangan itu selepas secara rasminya putus tunang pada 18 Februari lalu.

Walaupun sudah putus tunang, Elfira masih tetap menghubungi Sufian tetapi tidak dimaklumkan apakah tujuan mereka saling berhubung itu.

Dalam masa sama, ibu Elfira, Filzah Yusoff turut mengeluarkan kenyataan yang anggap seolah-olah penyanyi lagu Di Matamu itu telah tipu mereka sekeluarga semenjak majlis pertunangan berlangsung pada 6 Oktober tahun lalu.

Selain itu, Elfira turut menulis menerusi Instastory miliknya bahawa tujuannya berdiam diri itu merupakan tindakan yang terbaik.

Namun itu tidak bermakna dia bersetuju atau tidak dengan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan daripada mana-mana pihak.

“Kadang-kadang, diam tu ialah jawapan yang lebih baik. Tapi tak bermaksud saya setuju atau tidak dengan sesuatu perkara,” tulisnya lagi.

Mungkin semua ini akan tamat jika Elfira atau Sufian duduk berbincang sesama sendiri supaya kontroversi tersebut tidak berpanjangan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau dulu waktu berkawan boleh duduk berbincang, kenapa sekarang bila dah bergaduh, habis kecoh satu Malaysia? – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Elfira LoyNetizenPutus TunangSufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terkantoi Dedah PPBM Tiada Cawangan, Bahagian!

Next Post

Kerana Lagu Baharu, Stacy Masam Muka Dengan Akim?

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Kerana Lagu Baharu, Stacy Masam Muka Dengan Akim?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd