• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Daftar Pemilih Baharu Dalam Masa Seminggu

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semakan terhadap daftar pemilih baharu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu atau selewat-lewatnya pada hari penamaan calon.

Sehubungan itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata parti-parti politik diminta memaklumkan kepada penyokong mereka untuk membuat semakan itu selepas sahaja SPR mengeluarkan senarai pemilih baharu yang disahkan.

“Sebab itu, kita adakan Kempen Jom Semak dan Jom Kita Mengundi. Apabila dia buat semakan, dia akan dapat tahu. Kalau pada masa pencalonan dia (pengundi) akan dapat tahu siapa calon dia, siapa yang akan bertanding dalam kawasan dia…kalau sekolah, di sekolah mana (pusat mengundi).

“Ini penting supaya semasa hari mengundi nanti mereka tidak pergi ke tempat tidak sepatutnya. Apabila tidak buat semakan, dia akan pergi ke tempat lama dan tiba-tiba namanya tiada di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual hos Shuhaimi Mohamed dalam program Sesi Khas Bersama SPR yang disiarkan di TV1, malam ini.

Usul kajian semula persempadanan itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diluluskan Dewan Rakyat hari ini, setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian, dengan 129 menyokong dan 80 lagi yang menolak.

SPR mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung Malaysia, dan juga mengesyorkan tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjung.

Mengulas lanjut, Mohd Hashim menolak dakwaan kajian semula persempadanan itu adalah untuk memberi kemenangan kepada mana-mana pihak kerana beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lepas meskipun menggunakan persempadanan semula yang dibuat SPR.

Malah, katanya SPR bukanlah sebuah parti politik dan beliau sendiri tidak menyertai mana-mana parti politik.

Mengulas mengenai perbahasan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya itu yang hangat diperdebatkan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata ia menunjukkan komitmen tinggi wakil rakyat untuk mempertahankan kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata SPR bercadang mengadakan kerjasama dengan mana-mana universiti atau institusi untuk mengadakan kajian dan impak sebelum dan selepas kajian semula persempadanan, kerana kebanyakannya hanya dibuat sebelum kajian semula persempadanan dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nidzam Pangku Jawatan Ketua Jurulatih Kedah

Next Post

Undang-Undang Kawal Penggunaan Laluan Basikal

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Undang-Undang Kawal Penggunaan Laluan Basikal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd