• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Kaya Sumber Air, Tapi Miskin Urus Air

oleh
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA hendak disalahkan cuaca panas, memang tidak logik kerana setiap hari pasti hujan lebat ‘membasahi bumi’ di sekitar Lembah Klang sehingga ada kawasan yang dilanda banjir kilat pula.

Namun apa yang berlaku ketika ini di Selangor lebih kepada masalah pengurusan bekalan air dirawat sehingga menyebabkan lebih setengah juta akaun pengguna terjejas hampir seminggu di sebalik ‘kaya’ sumber air mentah.

Demikian ditegaskan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang meminta Kerajaan PKR Selangor sentiasa meningkatkan perkhidmatan bekalan air kerana negeri itu sebenarnya tiada menghadapi masalah sumber air.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ekoran krisis bekalan air yang berlarutan di Lembah Klang ketika ini, kementeriannya mendapati tidak berlaku sebarang masalah dari aspek sumber bekalan.

“Ini bagi menjawab ada yang tidak berpuas hati dengan jumlah hujan yang kerap kebelakangan ini akan tetapi masih lagi berlaku gangguan perkhidmatan seolah-olah berlaku masalah kekurangan air dari sumber-sumber bekalan.

“Ini termasuk konon berlaku pencemaran air di mana-mana sumber utama air terutamanya sungai. Sedangkan perkara itu tidak berlaku. Jika ada sebarang aktiviti pencemaran, pihak kementerian akan segera atasi,” katanya.

Wan Junaidi berkata bahawa gangguan bekalan air dihadapi negeri itu sekali gus  menyukarkan kehidupan harian rakyat serta menunjukkan terdapat kelemahan dari sudut pengurusan air oleh pihak kerajaan negeri Selangor

“Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam isu sumber air ingin menjelaskan bahawa negara kita tidak menghadapi isu bekalan air, apa yang terjadi di Selangor adalah kerana kegagalan pengurusan air,” katanya.

Menurut Wan Junaidi, masalah bekalan terjejas hanya disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan kemudian disusuli dengan insiden sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang pecah.

“Ini perlu diperbaiki dan kalau kerajaan Selangor betul-betul mahu jaga kebajikan termasuk pembekalan air rakyat, isu penyelenggaraan mestilah diambil secara serius supaya tidak terjejas kehidupan harian masyarakat,” katanya.

Gangguan bekalan air yang melibatkan beberapa daerah di sekitar Lembah Klang dijangka berlaku lebih lama daripada tempoh jangkaan sebelum ini berikutan Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3 pecah.

“Saya lihat isu ini ada kelemahan, apabila kerja penyelenggaraan hampir selesai dan pembekalan semula hendak dimulakan, tetapi paip itu pecah. Kenapa boleh berlaku? Kalau paip dijaga dengan betul ia tidak pecah,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 Peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Serdang dekat ibu negara pada hari ini.

Turut hadir ialah timbalan beliau, Datuk Ir. Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad. Majlis itu meraikan penghargaan terhadap 934 pegawai dan kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi.

Mereka terpilih dari seluruh negara untuk menerima APC dengan 35 pegawai menerima Anugerah Kecemerlangan Kementerian dan sembilan orang pula menerima Anugerah Lama Berkhidmat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: air selangorDatuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

Pengguna Akan Terima Bekalan Air Secara Berperingkat Mulai Awal Pagi Esok – Air Selangor

05/06/2024
1

SHAH ALAM : Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula jam 3 pagi esok, selepas kerja penyelenggaraan dan penggantian...

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

Air Selangor Mohon Naikkan Tarif Air Di Lembah Klang

04/07/2023
0

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji semula tarif air secepat mungkin. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd