• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebenarnya.My Teruskan Siri Jelajah Ke Batu Pahat

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berita dan maklumat palsu yang semakin menular di media sosial dan elektronik di negara ini, terutama dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) semakin hampir, pasti membawa implikasi negatif kepada masyarakat dan negara.

Dengan Kadar Peratusan Penembusan Jalur Lebar bagi Setiap Seratus Isi Rumah mencapai 84.5 peratus pada 2017, sebahagian besar penduduk negara ini bukan sahaja mampu mengakses internet tetapi juga terdedah kepada risiko terperdaya dengan berita dan maklumat palsu.

Menyedari ancaman yang dibawa berita dan maklumat palsu melalui media sosial dan elektronik, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan dengan program Siri Jelajah Sebenarnya.my di Batu Pahat, Johor pada 28 Feb lepas.

Siri jelajah itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengapa penting memilih berita dan mengesahkan kandungannya sebelum dikongsi.

TREND BERITA PALSU

Sehingga kini, Portal Sebenarnya.my telah mencapai lebih 22 juta hits menunjukkan adanya kesedaran pengguna internet dalam mengesahkan maklumat yang diterima mereka.

Penyebaran dan kandungan berita palsu lazimnya mengikut isu semasa, sebagai contoh berita-berita berbentuk politik dan berkisar pada PRU14.

“Periksa dahulu apa-apa yang dibaca di internet kerana banyak fakta diolah dan dipusing mengikut keperluan mereka yang tidak bertanggungjawab. Tentukan berita yang diterima itu adalah benar atau sebaliknya,” tegas Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi MCMC, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Menurut beliau, MCMC akan terus bergerak menyampaikan mesej kepenggunaan kepada masyarakat supaya membudayakan penggunaan internet secara berhemah serta sentiasa memeriksa dan memastikan berita itu benar melalui portal Sebenarnya.my. sebelum dikongsi.

“Program hari ini bertujuan mendekati kumpulan sasaran kita, pelajar-pelajar sekolah dan masyarakat setempat supaya mengamalkan perkongsian maklumat secara berhemah. Berita memang tetap berita tapi kalau berita palsu, harus periksa dulu dan pastikan ianya sahih sebelum menekan butang berkongsi dengan rakan-rakan,” tambahnya lagi.

SABAR SEBELUM SEBAR

Turut diadakan dalam program satu hari itu adalah Forum Bicara Perdana Jelajah Sebenarnya.my dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit Sulong bertemakan Berita Palsu Musuh Negara.

Panel jemputan terdiri daripada penceramah Imam Muda Muhammad Asyraf, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid serta Ustaz Tajdid Hadhari Ramli sebagai moderator majlis.

Imam Muda Asyraf dalam perkongsiannya menasihatkan pengguna internet masa kini supaya bertenang apabila menerima sesuatu berita serta tidak kelam-kabut dan berusaha menapis dahulu berita berkenaan sebelum bertindak.

Beliau berharap masyarakat dapat mengamalkan sikap sabar sebelum sebar, agar dapat mengelak daripada berkongsi fitnah atau berita palsu.

“Orang dulu warak. Mereka ni apabila dapat berita, mereka tapis dulu atau mengambil sikap berdiam diri. Yang paling diam itulah paling warak. Pada hari ini, orang paling banyak bercerita kelihatan seperti orang yang paling hebat. Sebaliknya, masyarakat hari ini pula agak terbalik kelakuannya. Daripada itu, apabila kita menerima sesuatu berita di internet, maka kita tapis dahulu. Sabar sebelum kita sebarkan,” ujar Imam Muda Asyraf.

Apabila ditanya mengenai cara atau panduan untuk menangani fitnah, Ustaz Don Daniyal memberi tiga panduan utama iaitu, “pertama, cuba maafkan orang yang melemparkan fitnah serta keduanya cerdik menghadapinya sambil bersangka baik agar kita mempunyai sikap membina dan bukan pemusnah. Ketiganya, mencari jalan mencegah apa yang pernah berlaku agar tidak berulang dan mengundang fitnah di kemudian hari.”

Ustaz Don pada akhir majlis memuji konsep dan usaha MCMC mengadakan program perkongsian seperti itu dan berharap agar dapat diteruskan dan dikecilkan kepada kumpulan sasar secara berperingkat untuk menyatupadukan pemikiran masyarakat secara menyeluruh.

“Program seperti ini bagus untuk mencapai ‘Wahdatul Fikri’, iaitu bermaksud menyatupadukan pemikiran masyarakat,” kata Ustaz Don Daniyal lagi.

SOKONGAN MASYARAKAT SETEMPAT

Program di Batu Pahat itu bermula pada pagi dengan acara larian 5km Sebenarnya.my FUN RUN 2018. Larian itu disertai 200 orang pelajar dari SMK Dato’ Sulaiman dan SMK Penghulu Saat, daerah Parit Sulong.

Menurut Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad, program berkenaan mengingatkan masyarakat agar bertanggungjawab dan memastikan terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

“Bersesuaian dengan kumpulan sasar pagi ini, pelajar sekolah juga perlu bertanggungjawab dalam menggunakan internet.”

“Selari dengan MCMC, jelajah ini memberi kesedaran kepada pengguna supaya mendapat kepastian daripada portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi berita dari internet. Sekarang ini penting untuk kita mendapatkan fakta sebenarnya sebelum kita berkongsi apa-apa berita,” katanya yang ditemui selepas acara pelepasan larian.

Manakala Forum Perdana pada sebelah malamnya mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 3000 orang yang terdiri daripada penduduk sekitar Kg Sri Medan Batu Pahat.

Penduduk Kg Sri Medan, Zainal Buang, 43, berpendapat program seperti itu harus diteruskan supaya masyarakat sedar betapa menyebarkan fitnah ataupun berita-berita palsu amat tidak sesuai untuk generasi masyarakat hari ini.

“Majlis hari ini mendapat sambutan di luar jangka penduduk Sri Medan. Kami amat berterima kasih kepada MCMC dan Datuk Noraini selaku Ahli Parlimen kawasan ini kerana sudi menganjurkan majlis ilmu seperti ini,” ujar Zainal.

Pada majlis yang sama, seramai 20 penduduk Kg Medan, Batu Pahat menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Parit Sulong dan MCMC. – BERNAMA

Tags: SEBENARNYA.MY
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebenarnya.My Perluas Jangkauan Ke Media Sosial

21/03/2018
0

CYBERJAYA - Jangkauan portal pengesahan maklumat Sebenarnya.my akan diperluaskan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram bermula tahun...

Semak Sahih, Lapor Berita Palsu Di Sebenarnya.My

04/03/2018
0

KUALA LUMPUR – “Dari group sebelah. Tapi tak pasti betul atau tidak,” itu antara bentuk penyebaran mesej yang biasa diterima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd