• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SC Beri Amaran Mengenai Skim Penipuan Pelaburan

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada pelabur mengenai peningkatan penyebaran maklumat palsu syarikat tertentu menerusi blog, forum dan platform media sosial bagi manipulasi skim penipuan pelaburan ‘pump and dump.’

Dalam satu kenyataan, SC berkata menerusi kaedah itu, pihak tidak bertanggungjawab bertindak mengumpulkan saham pada harga rendah dan kemudiannya menyebarkan sentimen positif mengenai syarikat tertentu bagi mencetuskan minat terhadap saham demi menaikkan harga.

“Apabila pelabur membeli saham itu, ia memberi peluang kepada pihak pelaku untuk menjual saham-saham tersebut bagi mengaut untung. Ini menyebabkan pelabur yang membeli saham pada harga tidak berubah mengalami rugi apabila tumpuan terhadap saham itu lenyap,” kata pengawal selia pasaran modal itu.

SC dan Bursa Malaysia juga baru-baru ini telah mengenal pasti sebuah blog ‘Bonescythe Stock Watch,’ yang didapati menyiarkan artikel mengandungi kenyataan, unjuran palsu yang mengelirukan serta menipu dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 178 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

“Susulan tindakan SC itu, blog itu telah dipadamkan,” kata SC.

Sehubungan itu, SC menasihati para pelabur supaya sentiasa berwaspada dan mengambil inisiatif mengesahkan kesahihan satu-satu maklumat itu sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

“Para pelabur juga sentiasa diingatkan agar berhati-hati terhadap risiko penipuan dan mendapatkan nasihat daripada pihak yang mempunyai lesen SC sekiranya berasa ragu-ragu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Skim Penipuan PelaburanSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guna Sempadan Baharu Jika Warta Sebelum Bubar

Next Post

Eksklusif: Sufian Tak Tahu Dikecam Ibu Elfira Di IG

Related Posts

No Content Available
Next Post

Eksklusif: Sufian Tak Tahu Dikecam Ibu Elfira Di IG

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd