• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Sentiasa Sokong Lofa” – Hans Isaac

oleh Haris
26/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini, spekulasi bahawa hubungan cinta di antara dua bekas kekasih iaitu Datuk Hans Isaac dan pengacara terkenal, Neelofa bertaut kembali hangat bertebaran di media sosial.

Ini selepas tersebarnya rakaman video Hans dan Neelofa keluar bersama ketika menyaksikan konsert jelajah ‘Darkness and Light World’ artis antarabangsa John Legend di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands, Pahang.

Mengulas mengenai spekulasi berkenaan, Hans tampil memperjelaskan situasi sebenar hubungannya bersama aktres berkenaan apabila mengatakan pertemuan itu berlaku secara kebetulan.

“Video yang tular itu berlaku sebelum konsert berlangsung. Kami bertemu di restoran yang sama dan kebetulan meja penuh. Disebabkan mahu cepat, kami pun berkongsi meja.

“Gambar yang tersebar itu diambil oleh seorang teman, bukannya daripada telefon kami. Apa yang berlaku hanyalah salah faham. Jujurnya, kami memang selalu keluar bersama…

“Kadang-kadang kami berbincang pasal kerja. Cuma orang tak tahu yang kami berjumpa atas dasar kerja dan menganggap saya dan Lofa keluar ‘dating’,” katanya dipetik portal BH Online.

Selepas isu berkenaan tersebar, netizen mula membuat anggapan bahawa Hans dan Neelofa kembali bercinta setelah pernah menjalani hubungan bersama sebelum putus pada tahun 2014 lalu.

Sebelum ini juga terdapat desas-desus yang mengatakan hubungan mereka renggang selepas berpisah dengan kedua-dua mereka dikatakan tidak sehaluan.

Bagi memperbetulkan tanggapan netizen terhadap hubungan mereka, Hans menjelaskan bahawa dia dan Neelofa sentiasa ada hubungan yang baik malah tidak mempunyai sebarang persengketaan dengan pengacara MeleTOP itu.

“Walau apapun yang berlaku antara saya dan Lofa sebelum ini, kami tetap berkawan baik. Bukan dengan Lofa saja, tetapi mana-mana wanita yang pernah dikaitkan dengan saya sebelum ini, kecuali seorang.

“Saya tahu macam mana dirinya dan saya kenal hati budi Lofa. Seperkara yang saya puji mengenai dirinya, walaupun ada perkara yang dilakukannya itu salah, tetapi dia tidak malu untuk mengaku dan meminta maaf,” ujarnya.

Tambah Hans, walau apa pun kontroversi yang berlaku ke atas Neelofa, dia akan sentiasa mempertahankan rakannya itu dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya.

Sebelum ini juga, Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa dia dan Hans akan sentiasa berkawan baik walaupun kedua-dua mereka berjumpa jodoh masing-masing di masa hadapan.

Pasangan yang pernah digandingkan menerusi filem Lemak Kampung Santan ini sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta namun jodoh mereka tidak kesampaian apabila berpisah selepas kira-kira dua tahun bersama.

Apa-apa pun, kita berharap kedua-dua selebriti ini menemui jodoh mereka di masa hadapan. Kalau jodoh bersama pun, apa salahnya. Maklumlah dua-dua masih bujang. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Datuk Hans IsaacNeelofa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd