• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasha Tabah Hidup Sendirian, Jadi Ibu Tunggal

oleh Haris
27/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN mudah membesarkan anak seorang diri. Namun, itulah situasi yang dilalui penyanyi dan pelakon, Sasah Saidin yang tabah membesarkan anak tunggalnya Adam Aryasenna Notosoemarsono sejak enam tahun lalu.

Jelas Sasha, dia sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dapat memainkan dua peranan serentak iaitu sebagai ibu dan ‘ayah’ kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Arya itu.

Selain itu, Sasha turut mengakui bahawa ibunya memaninkan peranan penting dalam membantu melancarkan urusan hariannya ketika dia perlu keluar bekerja mencari rezeki dalam bidang seni.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah mengeluh dengan situasi yang saya dilalui. Arya juga seperti memahami. Dia pernah bertanya mengenai bekas suami dan saya jelaskan, hubungan kami kami tidak lagi baik.

“Arya faham, namun sebagai ibu, saya akan memastikan segala yang terbaik untuknya. Dia adalah fokus utama saya, manakala kerja seni kini jatuh tempat kedua. Syukur saya mampu menjalankan tanggungjawab itu dengan baik.

“Tanpa ibu yang menjadi tulang belakang kekuatan, mungkin pergerakan harian saya tidak selancar ini,” katanya memetik BH Online.

Sebelum ini, Sasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada tahun 2007, namun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah talak satu lima tahun kemudian.

Perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan keduanya selepas dia juga pernah berkahwin dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 di London dan perkahwinan tersebut bertahan hanya empat tahun.

Sasha juga tidak menafikan bahawa dia menghadapi situasi sukar membesarkan anaknya selepas penceraian itu, terutama apabila melibatkan emosi di mana dia mengakui memerlukan teman sebagai tempat mengadu.

“Selepas bercerai, ibu dan beberapa teman baik menjadi tempat untuk saya berkongsi masalah. Saya memerlukan teman yang setia mendengar dan tidak menilai saya.

“Mengenai bekas suami, dia harus tahu tanggungjawab kerana Arya memerlukannya. Namun, saya tidak mendesak kerana mungkin dia ada masalah sendiri. Saya positif, biarpun tidak mudah membesarkan anak bersendirian,” katanya.

Mengulas mengenai situasi kisah cintanya sekarang, kakak kepada Zain Saidin itu berkata bahawa dia masih belum menemui jejaka yang serasi dengannya.

“Memang keluarga terutamanya Zain nasihatkan saya supaya kahwin lagi. Namun sebagai seorang wanita yang pernah dua kali melalui kegagalan dalam rumah tangga, saya jadi lebih berhati-hati.

“Saya tidak boleh hanya memikirkan tentang diri sendiri, tetapi apa sahaja keputusan yang saya lakukan adalah melibatkan anak saya baik untuk masa sekarang mahupun pada masa depan,” ujarnya.

Bagaimanapun Sasha tidak menafikan yang dia kini mempunyai seorang rakan lelaki yang rapat untuk dia berkongsi isi hati, namun belum merancang membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: ibu tunggalpenyanyiSasha Saidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd