• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAMM Serah Dokumen Kepada SPRM Isu Tanah Ijok

oleh AK-47
06/03/2018
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan penjualan tanah di mukim Ijok, Kuala Selangor.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen setebal 15 muka surat itu terdiri daripada surat perjanjian, surat penyelesaian kes luar mahkamah dan dokumen penjualan tanah.

Dalam laporan kepada SPRM itu, Badrul Hisham turut menamakan beberapa individu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu tersebut.

Turut diserahkan dokumen penyelesaian luar mahkamah yang didaftarkan sebagai rekod mahkamah yang menyatakan lantikan firma guaman dan nama antara pemiliknya, katanya kepada pemberita di Kompleks SPRM Selangor di Seksyen 16, di sini.

Sebelum ini, pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000, melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta diumumkan bagi 980 peneroka terbabit.

Susulan itu pelbagai pihak tampil menuntut penjelasan termasuk Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Dr Mohamed Satim Diman yang mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyerahkan kembali tanah tersebut kepada dua syarikat yang kemudian menjualnya kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran berjumlah RM1.18 bilion sedangkan pampasan diterima peneroka mengikut harga lama.

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini turut mempersoalkan kewajaran menyerahkan tanah kepada dua syarikat tersebut pada 2016 tanpa menunggu kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Ini memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan 2014 memihak kepada kerajaan negeri dalam kes mengambil alih semula tanah daripada dua syarikat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Isu Tanah Ijok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Tanah Mukim Ijok Selesai, Tiada Pendakwaan

30/08/2018
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah selesai menjalankan siasatan terhadap kes berkaitan isu tanah di Mukim Ijok dan...

Projek Terbengkalai Ijok: 2 Lelaki Bebas Reman

09/04/2018
0

PUTRAJAYA - Dua lelaki yang disyaki menerima rasuah berhubung Jawatankuasa Bertindak Projek Terbengkalai Alam Mutiara dan Alam Utama di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd