Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Ambil Terus Dari Kilang,...

ENTAH benar atau tidak, ketulan daging McDonald's yang biasa disebut sebagai McNuggets kini...

Remaja Maut Ketika Cas...

SEORANG remaja lelaki tidak sempat menyambut bulan Ramadan bersama keluarganya apabila ditemui maut...

Penduduk Berusia Uji Ketahanan...

KUALA LUMPUR - COVID-19 yang merebak dengan cepat menyebabkan masalah kesihatan awam dan...

Belasah Isteri Dengan Hos...

ALOR SETAR - Hanya kerana cemburu buta, seorang suami tergamak membelasah isterinya dengan hos...

Salah Faham, Is Projector Band Terasa Hati

SIAPA sahaja yang tidak terasa hati apabila tiba-tiba mendengar khabar angin yang posisi anda di dalam sebuah organisasi akan diganti orang baharu.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi utama kumpulan Projector Band, Iskandar Dzulqarnain apabila tersebar cerita kononnya posisinya di dalam kumpulan tersebut akan diganti penyanyi baharu.

Ujar Iskandar atau lebih mesra disapa sebagai Is, perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan secara baik di antara ahli kumpulan mereka selepas khabar angin itu nyata membuat dirinya terkejut.

Menurut Is, kenyataan yang dikeluarkan anggota kumpulan tersebut diputar belit pihak yang tidak bertanggungjawab selain menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu disalah erti.

“Ketika mula-mula mendapat tahu mengenai perkara itu, terus-terang saya memang berkecil hati kerana kami memang sudah lama bersama.

“Pelik juga bagaimana berita itu boleh tersebar kerana waktu temubual dijalankan, saya ada bersama mereka.

“Saya juga tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana mereka sendiri sudah menafikan perkara terbabit sambil menyifatkan ia berpunca daripada salah faham,” katanya memetik portal BH Online.

Perkara tersebut turut dipersetujui pemain gitar utama Projector Band, Razif, yang menyifatkan agak mustahil mereka semua ingin menyingkirkan Is begitu sahaja, apatah lagi setelah bersama sejak lebih lima tahun lalu.

Jelasnya, walaupun Is sedang sibuk menjalani pengajiannya, mereka sekumpulan akan sentiasa memastika tawaran persembahan tidak bercanggah dengan jadual Is.

 “Kami sendiri terkejut apabila mendapat tahu mengenai cerita itu. Walaupun Is sibuk dengan pengajiannya, kami tidak pernah menjadikan perkara itu satu bebanan.


“Kalau ada tawaran mengadakan persembahan diterima, kami akan memastikan ia tidak bercanggah dengan jadual pengajian Is.

“Kalau dia sibuk, kami tidak akan memaksa, malah sanggup menolak tawaran terbabit. Kami masih boleh berkompromi. Atas alasan itu jugalah, apabila cerita sebegini timbul, kami jadi terkejut,” ujarnya.

Tambah Razif, berita yang tersebar itu sedikit sebanyak menjejaskan rezeki kumpulan itu, selepas penganjur menganggap kumpulan Projector Band ketiadaan vokalis.

Dalam pada itu, kumpulan tersebut sedang rancak mempromosikan single tebaharu mereka berjudul Meskipun Kau Tahu yang sedang dimainkan di corong radio.

Mengulas mengenai single berkenaan, Is berkata bahawa Projector Band kembali kepada irama rock kapak selepas mencuba beberapa genre berbeza sebelum ini.

Jelasnya, mereka bertindak sedemikian atas permintaan peminat yang nyata kini menggemari muzik bergenre sebegitu.

Video lirik rasmi lagu tersebut telah dimuat naik ke laman YouTube sejak hujung Disember tahun lalu dan kini sudah ditonton lebih 2.8 juta kali. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori