• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sahut Cabaran, Ahmad Idham Buat Laporan SPRM

oleh
21/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU, Pengerusi Skim Wajib Tayang iaitu Zahrin Aris mencabar pengarah, Ahmad Idham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan agihan pawagam bagi filem arahannya.

Susulan itu, Idham dilaporkan menyahut cabaran tersebut dengan membuat laporan kepada pihak SPRM berhubung hal berkenaan pada Selasa.

Idham berkata, keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan dilihat mengundang pandangan negatif masyarakat umum terhadap karya terbarunya, Hantu Wangan.

“Saya ingin tahu adakah keputusan jawatankuasa Skim Wajib Tayang itu telus?” katannya dipetik mStar Online.

Pengarah, Ahmad Idham.

Difahamkan, Idham yang juga pengarah filem Jangan Pandang Belakang Congkak itu membuat kunjungan ke pejabat SPRM bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu Datuk Nadzim Johan.

“Kebetulan salah seorang daripada ahli PPIM turut menerima nasib sama daripada keputusan Skim Wajib Tayang mengenai agihan pawagam.

“Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah perbincangan sudah dimulakan, langkah-langkah seterusnya bakal menyusul,” ujar Idham.

Baca:  Ahmad Idham Tak Puas Hati, Mahu Lapor SPRM

Juga: Pengerusi Skim Wajib Tayang Cabar Ahmad Idham

Sebelum ini, Idham memberitahu bakal membuat laporan kepada SPRM berhubung hal itu dalam masa terdekat.

Beliau mahu pihak SPRM menyiasat jawatankuasa berkenaan yang didakwa bersikap tidak adil dalam membuat keputusan berhubung jumlah pawagam bagi tayangan filem terbaharunya.

Idham turut mendakwa ada sesuatu yang tidak kena dengan jawatankuasa yang dilantik sebagai pelaksana dalam skim berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ahmad Idham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BMW Group Malaysia Perkenalkan Model X2 SAC

Next Post

Kafe ‘Kematian’ Di Thailand Mahu Anda Hargai Hidup

Related Posts

Hans Isaac Enggan Tunduk, Takkan Meletak Jawatan

12/12/2019
0

PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac tidak akan tunduk kepada gesaan enam persatuan artis yang mahu...

Hans Isaac Didesak Letak Jawatan Cuba Sabotaj CEO Finas

11/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penggiat seni mendesak Hans Isaac meletak jawatan sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana...

Next Post

Kafe 'Kematian' Di Thailand Mahu Anda Hargai Hidup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd