Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Diari Merdeka: Pertempuran Cemas...

“ANCAMAN sentiasa ada. Cuma, bentuknya berbeza-beza. Oleh itu janganlah menyingkatkan pemikiran bahwa ancaman...

Tak Patuh Etika Pakaian,...

BAGI segelintir ibu bapa, menyaksikan kejayaan anak di majlis graduasi mungkin pengalaman sekali seumur hidup....

Khidmat Sewa Hantaran Bantu...

BANGKOK - Sebuah syarikat di Thailand menawarkan perkhidmatan sewa wang dan barangan kemas...

3 Bekas MB Bergabung...

KUALA LUMPUR - Tiga bekas menteri besar Selangor akan bergabung bagi memastikan Barisan...

RUU Antiberita Tidak Benar Diharap Jadi Etika Perniagaan

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berharap elemen yang ada di bawah Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dijadikan etika perniagaan di negara ini.

Beliau berkata dengan adanya RUU itu, kerajaan akan berusaha melihat dari segi keseluruhan berita-berita tidak benar di Malaysia.

“Berita tidak benar ini bukan hanya cerita politik. Cerita peribadi, cerita perniagaan, semua itu akan dilihat sebagai berita-berita tidak benar yang boleh disampaikan oleh individu atau sesiapa sahaja.

“Saya mahu lihat komuniti perniagaan meneliti RUU ini dari segi kepentingannya terhadap perniagaan mereka, untuk diambil sebagai salah satu etika perniagaan mereka,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat di sini, hari ini.

RUU itu yang bertujuan mengekang penyebaran berita tidak benar dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.


RUU itu mentakrifkan berita tidak benar sebagai “apa-apa berita, maklumat, data dan laporan, yang sebahagiannya atau keseluruhan adalah palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea”.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya bagi orang yang disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Kategori