• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Risiko Kepada Kestabilan Kewangan Terus Terkawal

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Risiko kepada kestabilan kewangan terus terkawal​​​​​​ dengan pelaksanaan langkah kehematan makro yang sedia ada kekal wajar, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM, dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 yang dikeluarkan hari ini, berkata sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan dan cekap dalam menjalankan aktiviti pengantaraan kewangan dan memenuhi keperluan ekonomi benar.

Bank pusat berkata, pada 2017, faktor seperti perkembangan dasar di Amerika Syarikat (AS), turun naik yang berterusan dalam pasaran komoditi dan risiko geopolitik yang ketara, terus mempengaruhi sentimen para pelabur.

“Di tengah-tengah perkembangan ini, pasaran kewangan domestik terus berfungsi dengan teratur, disokong kehadiran pelabur domestik dan pelabur asing jangka panjang yang memberikan kestabilan dan mudah tunai kepada pasaran.

“Institusi kewangan mengekalkan kemampuan untuk menghadapi potensi kejutan. Kualiti aset dan keuntungan terus kukuh, manakala keadaan mudah tunai dan pendanaan kekal kondusif untuk membiayai keperluan sektor perniagaan dan isi rumah,” kata BNM.

BNM berkata, keupayaan peminjam membayar balik hutang secara keseluruhannya adalah mampan, bagaimanapun, tahap hutang domestik kekal tinggi manakala risiko dalam segmen pasaran hartanah masih membimbangkan.

Beberapa kelemahan masih terdapat dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah yang secara amnya mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, kata BNM.

Penunjuk tekanan dalam pasaran kewangan domestik menunjukkan trend menurun pada 2017, kata BNM, dengan walaupun dalam persekitaran aliran portfolio dua hala yang berubah-ubah, institusi pelaburan domestik termasuk institusi kewangan, terus memberikan sokongan diperlukan kepada pasaran kewangan domestik sekali gus menyumbang kepada keadaan pasaran yang kekal teratur.

Secara keseluruhan, aliran keluar portfolio bersih pada 2017 lebih rendah dan berjumlah RM9.2 bilion berbanding RM15.4 bilion pada 2016, kata bank pusat.

Sementara itu, BNM berkata risiko mudah tunai dan pendanaan juga bertambah baik berikutan pemulihan pertumbuhan deposit bank dan usaha berterusan bank untuk mempelbagaikan serta meningkatkan kestabilan sumber dana mereka.

Deposit bank, termasuk akaun pelaburan, meningkat empat peratus pada 2017, lebih kukuh berbanding 1.6 peratus bagi kadar peningkatan pada 2016, kata bank pusat.

Dari segi risiko penularan pula BNM berkata magnitud dan sifat risiko yang berpunca dari institusi kewangan bukan bank (IKBB) domestik serta dedahan luaran dan operasi luar negara bank pada amnya kekal rendah dan tidak berubah daripada tahun sebelumnya.

Memasuki 2018, kestabilan kewangan domestik dijangka terus terpelihara namun bagi segmen isi rumah, pengurusan kos sara hidup yang tinggi akan terus menjadi satu cabaran, kata BNM.

Bagaimanapun, BNM berkata, keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan serta pertumbuhan pendapatan yang berterusan akan menyokong keupayaan membayar balik hutang isi rumah.

Dalam sektor hartanah pula menurut BNM, lebihan bekalan harta kediaman bertingkat tinggi mewah, ruang pejabat, dan kompleks membeli-belah dijangka berterusan yang mana sekiranya keadaan ini berlanjutan, ia boleh menimbulkan risiko kepada kestabilan makroekonomi dan kewangan.

Manakala dalam sektor perniagaan, ketidakpastian berhubung perkembangan harga minyak akan terus memberi kesan kepada industri minyak dan gas, ini kerana pengeluar minyak utama mungkin mengambil pendirian berhati-hati semasa melabur dalam segmen huluan, kata BNM.

Berdasarkan ujian tekanan terkini yang dijalankan oleh BNM, sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan dalam keadaan kejutan kredit, pasaran, dan pendanaan serta mudah tunai yang teruk.

Pihak BNM katanya akan terus berwaspada terhadap risiko daripada turun naik ketara dalam pasaran kewangan, yang dicetuskan oleh perkembangan geopolitik, jangkaan penjajaran dasar monetari global dan faktor-faktor domestik.

Risiko yang mungkin timbul daripada aktiviti teknologi kewangan (fintech) yang pesat dan mata wang kripto juga akan dipantau rapi, kata BNM.

Selain itu, BNM menambah, risiko kepada sistem kewangan yang berbangkit daripada ancaman siber, skim kewangan haram dan perkembangan amalan pasaran akan kekal menjadi fokus utama aktiviti penyeliaan dan penguatkuasaan bank pusat. – BERNAMA

Tags: BNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd