• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rezeki Anak, Achey Jadikan TokTi Sumber Inspirasi

oleh
27/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang, kehadiran cahaya mata pasti akan membawa rezeki dalam sesebuah keluarga. Cepat atau lambat, segalanya terletak di tangan Yang Maha Esa.

Baca: Belum Sedia IVF, Achey Mahu Usaha Cara Normal

Kesabaran selama 11 tahun oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijadikan sumber inspirasi buat pelawak Achey Bocey.

Penantian sedekad oleh Siti dan suami baginya terlampau lama jika dibandingkan dengan usia perkahwinannya bersama dengan isteri yang kini hampir mencecah lapan tahun.

“Saya tumpang gembira melihat Siti, apatah lagi selepas banyak cabaran yang dilalui untuk menimang cahaya mata. Sedangkan 11 tahun Siti boleh bersabar, mengapa tidak saya yang baru hendak masuk lapan tahun berkahwin.

“Bukan saya seorang ditimpa nasib begini. Ramai lagi rakan artis lain yang sedang berusaha mendapatkan zuriat seperti Izzue Islam dan Mark Adam. Bagaimanapun, kami semua percaya kepada rezeki dan hadapi semua ini dengan gembira,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Bagaimanapun, mereka tetap berfikiran positif kerana walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata, Allah sudah berikan rezeki yang lain buat mereka pada ketika ini.

https://www.instagram.com/p/Bgfnxc0FPaa/?taken-by=acheykintangkintung

Seperti peminat yang lain, Achey dan Anne turut tidak terlepas peluang untuk melahirkan rasa gembira atas kehadiran cahaya mata Siti dan Datuk K yang yang diberi nama Siti Aafiyah itu.

Dalam masa yang sama, merek berdua turut dalam usaha mendapatkan beberapa rawatan termasuk cara tradisional bagi memudahkan mereka menimang cahaya mata.

Namun, kita sebagai manusia hanya sekadar merancang dan yang menentukan hanya Dia.

“Kami sudah membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mac tahun lalu. Ada juga yang menawarkan kami membuat proses teknik in-vitro (IVF), tapi kalau boleh, kami mahu melalui proses normal.

“Bagi kami, teknik IVF adalah pilihan terakhir. Ada juga yang memberi cadangan kami mengambil anak angkat… Tengoklah nanti.

“Saya dan isteri tidak pernah putus berusaha. Terima kasih kerana ramai peminat yang berdoa dan mengambil berat,” tambahnya.

Pada perkembangan lain, selepas kejayaan single pertamanya berjudul Yang Terindah, Achey sekali lagi bakal tampil dengan single keduanya berjudul Takkan Hilang yang dijangkakan bakal menemui peminat selepas Aidilfitri ini.

Selain itu, filem lakonan Achey berjudul Hantu Wangan turut telah menemui penonton di pawagan seluruh Malaysia bermula pada 22 Mac lalu.

“Saya tak mahu terkejar-kejar melancarkan single kedua. Ini kerana ramai penyanyi sedang mempromosikan lagu mereka seperti Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan lain-lain. Mereka penyanyi dan mereka mencari makan dengan menyanyi. Tidak seperti saya… Bila-bila saja boleh lancarkan lagu.

“Lagipun, saya mahu lancarkan lagu raya bersama Bocey berjudul Bocey Raya yang sudah siap sejak Aidilfitri tahun lalu. Kami akan pasarkan lagu ini dulu sebelum single Takkan Hilang menyusul,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Achey BOCEYComel Pipi MerahNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd