• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Respect! Mark Berkongsi Wang Kemenangan RM100K

oleh Ahmad Albab
05/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROGRAM Bintang Bersama Bintang 2018 akhirnya melabuhkan tirainya dengan menobatkan Mark Adam sebagai juara.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Mark Adam membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Mark Adam yang bergandingan dengan Khir Rahman mengetepikan empat lagi peserta lain yang turut bersaing di peringkat akhir iaitu Shuk, Achey, Ajak dan Issey.

“Terima kasih kepada semua. Saya nak cakap, saya rasa rezeki ini perlu dikongsi dengan empat lagi peserta yang bertanding,” kata Mark Adam selepas diumumkan sebagai juara.

Mark memberikan RM60,000 untuk dibahagikan dengan empat peserta lain. Dia hanya mengambil RM40,000 sahaja.

Program yang telah bersiaran selama tujuh minggu bermula 14 Januari lalu ini turut menampilkan seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa peserta.

Selebriti yang terlibat di pentas akhir terdiri dari Shahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey (Isteri Achey).

Setiap peserta tampil dengan persembahan bertema bebas yang dibahagikan kepada sketsa dan nyanyian.

Persembahan pada malam penentuan ini diadili oleh Saiful Apek selalu juri tetap dan Fasha Sandha sebagai juri undangan.

Sistem pemarkahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri, manakala 30% lagi daripada undian atas talian.

Super Bintang Bersama Bintang 2018 yang dihoskan oleh AG Kool FM ini bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan di TV3 pada Ahad, jam 10.00 malam. – Sinar Harian

Tags: Mark Adam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mark Adam Antara Yang Dipanggil SPRM

05/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon popular, Mark Adam mengakui dihubungi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu...

“Sherry, Saya Minta Maaf” – Mark Adam

20/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Mark Adam memohan maaf kepada pengacara, Sherry Alhadad selepas gurauan saiz badan pada konsert pertama Big...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd