• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratu Elizabeth II ‘Selesaikan’ Debat Cara Makan Skon

oleh AK-47
18/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA di rantau Asia Tenggara asal-usul makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi goreng, popia dan apam balik pernah menjadi perdebatan, lain pula keadaannya di United Kingdom (UK).

Di UK, ramai yang ‘bergaduh’ semata-mata untuk menentukan cara sebenar menikmati manisan minum petang popular, scones atau skon!

Skon biasanya dihidangkan bersama-sama krim pekat (clotted cream) dan jem strawberi, namun yang menjadi punca ketidak puasan hati selama beratus-ratus tahun lamanya sejak skon diperkenalkan pada abad ke-11 itu adalah persoalan yang mana satu harus disapu dahulu: krim atau jem dahulu?

Sementara masyarakat di daerah Devon biasanya menyapu krim pekat dahulu sebelum jem strawberi, orang-orang di Cornwall pula secara tradisionalnya lebih gemar meletakkan jem dahulu.

The Queen always had home-made Balmoral jam first ( @tiptree little scarlet when we ran out) with clotted cream on top at Buckingham Palace garden parties in the Royal tea tent and all Royal tea parties. https://t.co/fTAyuwGxcs

— The Royal Chef (@DarrenMcGrady) 15 March 2018

Namun, semua orang boleh hentikan perbalahan kerana Ratu Elizabeth II telah ‘menunjukkan’ cara yg betul untuk menikmati skon!

Menurut seorang cef yang pernah berkhidmat dengan dapur DiRaja pada tahun 1982 hingga 1993, Darren McGrady, Ratu Elizabeth gemar menyapu jem dahulu sebelum diikuti dengan krim pekat.

“Ratu Elizabeth sentiasa menikmati skon baginda dengan sapuan jem Balmoral buatan cef-cef Istana Buckingham dahulu.

“Selepas menyapu jem istimewa tersebut, baginda kemudiannya akan meletakkan sesudu penuh krim pekat diatas skon yang telah disapu jem itu,” kata McGrady.

McGrady memberikan kenyataan tersebut selepas timbulnya pergaduhan antara netizen dari Cornwall dan Devon yang masing-masing kononnya tahu cara yang ‘betul’ untuk menikmati skon.

Cef itu juga berharap agar persengketaan antara dua daerah pertanian yang popular dengan hasil tenusu itu berakhir dan masing-masing berbaik semula “demi peninggalan sejarah peradaban British yang amat sedap dan istimewa” itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: makananRatu Elizabeth IIUnited Kingdom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd