• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rapatkan Saf, Jaga Kebajikan Pengundi – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Parti komponen Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang perlu merapatkan saf dan menjaga kebajikan pengundi demi kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan persekutuan akan membantu selagi boleh bagi memastikan kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan agama.

“Inilah ketika yang paling baik bawa angin perubahan di Pulau Pinang termasuk (Parlimen) Batu Kawan…pengerusi parti-parti komponen BN negeri, kita hadapi keadaan ini dengan melupakan permasalahan yang berlaku sebelum ini.

“Kita rapatkan barisan, perkukuhkan saf, jaga kebajikan pengundi-pengundi Batu Kawan demi kemenangan BN,” katanya berucap merasmikan bangunan UMNO Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow dan pemimpin parti komponen BN. Pada majlis itu Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM500,000 masing-masing kepada Gerakan, MCA, MIC dan MyPPP untuk kebajikan dan rumah ibadat.

Ahmad Zahid yang merupakan timbalan pengerusi BN melahirkan keyakinan bahawa BN mempunyai potensi untuk merampas kembali kawasan Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya umum akan datang.

“Insya-Allah terutamanya (kawasan Dewan Undangan Negeri) Bukit Tengah, Bukit Tambun dan Perai (kesemuanya di Parlimen Batu Kawan) dengan syarat kita kena kerja keras.

“Rakyat di Batu Kawan dah lama dah menderita, penderitaan ini tuhan sahaja yang tahu…,” katanya.

Parlimen Batu Kawan dan tiga DUN di kawasan itu kini diwakili oleh Pakatan Harapan dengan DAP di parlimen dan DUN Perai manakala PKR di Bukit Tengah dan Bukit Tambun.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan kelas KAFA Masjid Kampung Sekolah Juru dan RM3 juta untuk pembinaan masjid Perai.

Bangunan UMNO Batu Kawan bernilai RM872,000 menempatkan bilik mesyuarat, pejabat UMNO Bahagian Batu Kawan, pejabat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Batu Kawan serta pejabat TEKUN Nasional cawangan Batu Kawan.

Bangunan rumah kedai itu dibeli daripada pemaju di Taman Seri Delima, Juru di sini pada hujung 2016. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd