• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Mahu Guru Agama Jaga Etika, Tatasusila

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu semua tenaga pengajar agama Islam di negeri itu menjaga etika dan tatasusila agar menjadi contoh kepada semua pihak.

Titah baginda, guru agama harus menjaga akhlak dalam pelbagai tindakan, berpakaian sopan, menepati masa, tidak menggunakan bahasa kesat atau lucah dalam pengajaran, mematuhi serta menghormati undang-undang tubuh Perlis serta Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

“Mereka juga tidak boleh menyebut riwayat-riwayat palsu dan seumpamanya, melainkan dengan tujuan menyatakan kepalsuannya.

“Semua guru agama juga perlu mematuhi dan menghormati keputusan fatwa rasmi negeri ini, memberikan maklumat berkaitan agama dengan tepat, bertanggungjawab dan tidak berkempen politik,” titah baginda semasa berkenan merasmikan Simposium Penerima Tauliah dan Penganugerahan Sijil Tauliah Mengajar Agama Islam di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan seramai 62 tenaga pengajar agama Islam menerima tauliah masing-masing.

Dalam pada itu, baginda juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Mufti Perlis dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Perlis kerana membangunkan portal e-tauliah bagi memudahkan urusan serta semakan maklumat berkaitan tauliah mengajar agama Islam di Perlis.

Baginda bertitah ia sejajar dengan perkembangan era teknologi maklumat masa kini dan ia harus dimanfaatkan dalam urusan pentadbiran. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cabaran Globalisasi Tidak Halang Program Penyelidikan UNIMAP

19/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin cabaran globalisasi tidak menghalang Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Lahir Lebih Ramai Cendekiawan, Tokoh Akademik

10/10/2018
0

MUSCAT, Oman - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan harapan agar Perlis dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd