• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rahsia Badan Stacy Maintain, Turun 20 Kilo Lepas Bersalin!

oleh
02/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang lepas bersalin mesti badan akan naik… Tapi lain pula bagi penyanyi lincah di atas pentas iaitu Stacy yang kini sudah kembali slim walaupun sudah bersalin anak pertama!

Kebanyakan wanita pasati berasa ‘seram’ untuk lihat badan mereka selepas bertarung nyawa melahirkan anak. Tetapi bagi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 27, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram!

“Semasa mengandung berat saya 70 kilogram, selepas setahun melahirkan anak, berat turun 50 kilogram. Saya mengaku pergi ke gim dan bersenam untuk turunkan berat badan,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Stacy yang merupakan isteri kepada penyanyi Akim Ahmad turut mengakui bahawa dia sering ke gimnasium bagi mendapatkan kembali berat badannya yang ideal serta ianya turut bertujuan untuk mengembalikan stamina.

Kita ketahui bahawa penyanyi lagu Aku Stacy itu merupakan seorang penyanyi lincah yang tidak boleh duduk diam di atas pentas ketika membuat persembahan.

Jadi disebabkan itu, dia perlu mendapatkan stamina yang mencukupi supaya tidak cepat berasa lebih ketika sedang menyanyi sambil menari di atas pentas.

“Selain itu, saya rasa punca berat badan turun ialah kerana saya amalkan pantang yang sebenar selepas bersalin. Cara orang sini berpantang agak tegas dan ia sangat bantu proses tersebut.

“Sebenarnya, saya bersenam bukan untuk kurus semata-mata, tapi untuk dapatkan stamina supaya mudah hendak buat persembahan nyanyian nanti,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama dia juga tidak mengamalkan sebarang rejim diet ketat yang sering dibuat oleh kebanyakan wnaita ketika ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

Sebalinya dia hanya mengamalkan corak senaman yang konsisten dan langsung tidak mengamalkan pantang ketika sedang dalam tempoh menguruskan badan.

Malah, menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mengakui bahawa dia berasa lebih bertenaga dan staminanya juga kini menjadi lebih baik berbanding sebelum mengandung dahulu.

Hasil perkahwinannya bersama dengan vokalis kumpulan Akim & The Magistret itu, mereka telah dikurniakan seroang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eshaal.

Selian itu, mereka turut mengambil seorang anak angkat iaitu Bella, 5.

Mungkin tips yang diamalkan oleh Stacy ini boleh dijadikan contoh bagi wanita di luar sana yang inginkan berat badan ideal! – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Akim Ahmadberat badan turunNetizenStacy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd