• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat SAR Ditutup, Operasi Berpindah Ke Batu Pahat

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Leka, Parit Jawa di sini bagi mengesan baki sembilan lagi mangsa kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 ditutup pada 12 tengah hari ini.

Timbalan Pengarah Maritim (Operasi) Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Sanifah Yusof berkata operasi SAR itu akan berpusat di Pejabat Maritim Batu Pahat bagi memudahkan lagi kerja-kerja pemantauan operasi.

Beliau berkata setakat pagi tadi yang merupakan hari keenam operasi SAR dijalankan, tiada penemuan baharu baki sembilan mangsa diterima.

“Hari ini kita telah membesarkan lagi zon pencarian sehingga ke 400 batu nautika persegi dan aset-aset yang terlibat masih lagi dikekalkan di kawasan pencarian yang telah ditetapkan,” katanya kepada pemberita di Pos Operasi SAR di Pantai Leka, hari ini.

Beliau berkata tumpuan juga akan diberikan untuk pergerakan aset-aset kecil di kawasan perairan pantai bagi mencari kemungkinan terdapat mangsa yang berada di sana dan usaha mengesan mangsa menerusi tinjauan udara mengunakan helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih giat dijalankan.

Sanifah berkata pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia yang melakukan koordinasi di perairan Indonesia namun masih belum mendapat maklumat baharu daripada mereka.

“Kita juga telah menghubungi persatuan-persatuan nelayan dari daerah Batu Pahat sehingga ke Melaka untuk turut sama membantu dan membuat laporan jika mereka terjumpa mangsa bagi tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata kesemua lima mangsa yang berjaya diselamatkan dilaporkan kini berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan susulan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

“Kesemua mangsa yang selamat telah mula dapat makan dan minum dan mereka masih dipantau oleh doktor bagi mengesan sekiranya terdapat kecederaan lain,” katanya.

Katanya pihak hospital juga menyediakan pakar psikiatri kerana mangsa masih dalam keadaan trauma.

Sanifah berkata bangkai kapal JBB Rong Chang 8 masih berada di tempat asal sehingga siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Laut Malaysia selesai.

Semalam, pasukan penyelamat memutuskan untuk menghentikan khidmat penyelam, namun memberi tumpuan kepada pencarian di kawasan perairan selepas pemeriksaan yang dilakukan secara berulang kali pada keseluruhan kapal gagal menemui kesan mangsa. – BERNAMA

Tags: Kapal Korekoperasi SAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

Operasi SAR Cikgu Hafiz Masuk Hari Ketiga

12/11/2023
0

KULIM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru, Mohd Hafiz Jasmi, 38, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dalam hutan di...

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd