• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PU Sendayan Terbaik, Canggih Dan Moden – Anggota TUDM

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pangkalan Udara (PU) Sendayan disifatkan antara pangkalan paling terbaik, canggih dan serba moden serta memenuhi kehendak seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), demikian menurut beberapa anggota pasukan keselamatan negara itu.

Tidak pernah termimpi kata mereka untuk menikmati dan tinggal di kawasan yang pengoperasiannya menggunakan fasiliti terbaik selain berpeluang menduduki kediaman yang selesa disediakan kerajaan.

Ini sekali gus membuktikan pengiktirafan serta keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan keperluan anggota keselamatan negara.

Ajutan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) Kapten Khairul Aizat Khairuddin, 30, berkata beliau amat bersyukur dengan hadiah yang diberikan kerajaan sekali gus menaikkan semangatnya dalam mempertahankan tanah air daripada dibolosi.

“Suasana kerja dalam pangkalan yang baharu ini sangat selesa berbanding di PU Kuala Lumpur dengan kepadatan penduduk dan anggota mempunyai masalah untuk mencari rumah serta berulang-alik pergi bekerja dengan jalan raya yang sesak,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

PU Sendayan yang dibina di kawasan seluas 303.5 hektar dan memiliki 693 unit kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, rumah berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya serta kemudahan lain dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Lt. Farahanima Ismail, 30 daripada Maktab Tentera Udara Perkhidmatan Psikologi berkata walaupun sedih kerana terpaksa berpindah dari PU Kuala Lumpur yang penuh bersejarah, beliau gembira dan teruja dengan fasiliti yang terdapat di PU Sendayan.

“Kemudahan di sini bagi saya sangat memuaskan hati ini dan diharap agar dapat terus dikekalkan supaya pangkalan ini akan terus terpelihara untuk anggota yang lain. Selain itu kedudukannya yang strategik dan kemudahan yang ada jauh lebih baik daripada pangkalan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Koperal Salehah Hussin, 28, berkata kuarters tiga bilik dan dua bilik air yang didudukinya lebih baik berbanding ketika di PU Kuala Lumpur, sekali gus amat sesuai untuk tumbesaran kedua-dua anaknya.

“Sangat bagus sebenarnya duduk di sini, jauh dari kesibukan kota dan kebisingan… lagipun anak saya yang sedang nak membesar perlukan persekitaran seperti di PU Sendayan yang aman dan damai,” katanya. – BERNAMA

Tags: TUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd