• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong: Seorang Lagi ‘Datuk’ Ditahan SPRM

oleh AK-47
02/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ disyaki menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suspek berumur 64 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan SPRM.

Menurut sumber, suspek telah meminta RM4 juta sebagai habuan bagi menutup kes berkenaan yang sedang dalam siasatan SPRM.

“Bagaimanapun, jumlah berkenaan telah dikurangkan ke RM3 juta selepas hasil rundingan dan pihak syarikat yang yakin masalah itu mampu diselesaikan oleh suspek membuat pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai habuan,” kata sumber itu.

Sumber berkata suspek ditahan di sekitar ibu negara pada 3.30 petang tadi dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Pasukan penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan. Oleh itu, saya berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes ini dan memberikan masa kepada SPRM untuk menyiasat kes tersebut dengan terperinci,” katanya.

Beliau berkata ahli perniagaan itu akan dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan kes itu.

Pada Selasa lepas, SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ disyaki menerima rasuah RM19 juta bagi mempengaruhi penutupan siasatan kes projek berkenaan.

SPRM juga membekukan empat akaun bank syarikat milik Datuk Seri berkenaan yang bernilai RM3.6 juta dan menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex dianggarkan bernilai RM1.3 juta. – BERNAMA

Tags: ditahanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd