• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ECRL Libat Pembinaan 44 Buah Terowong

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang sedang giat dijalankan dijangka melibatkan sekurang-kurangnya pembinaan 44 terowong di sepanjang jajaran yang merangkumi empat buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Noor Azlan Salleh berkata terowong berkenaan akan dibina di beberapa kawasan dengan keseluruhan jarak sepanjang 39.1 kilometer di sepanjang jajaran.

“Ini termasuk terowong berkembar sepanjang 16.3 kilometer dari Bentong ke Gombak, yang bakal menjadikannya terowong rel yang terpanjang di Malaysia manakala di Terengganu melibatkan pembinaan tiga terowong sejauh 3.3 kilometer,” katanya kepada pemberita pada program lawatan media ke kem induk ECRL di sini, hari ini.

Beliau berkata projek ECRL Fasa 1 terbahagi kepada lapan seksyen dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Gombak, Selangor.

“Seksyen 3, 4 dan 5 melibatkan negeri Terengganu, di mana Seksyen 3 adalah dari Setiu ke Marang; Seksyen 4 dari Marang ke Kemaman, dan Seksyen 5 dari Kemaman ke Kuantan. — LAGI

“Kerja-kerja permulaan projek ECRL seperti proses pengambilan tanah, infrastruktur asas, dan persediaan tapak kini berjalan dengan lancar.

“Kerja penelitian tanah, pembinaan kem-kem induk dan satelit serta laluan masuk ke kawasan pembinaan di tapak-tapak ECRL di Terengganu hampir siap kesemuanya. Kerja-kerja infrastruktur pula akan bermula seawal bulan April 2018,” katanya.

Noor Azlan berkata, stesen-stesen jajaran ECRL di Terengganu melibatkan Kampung Raja, Telaga Papan, Kuala Terengganu, Pengkalan Berangan, Dungun, Kemasik dan Chukai.

“Lapan stesen yang akan dibina di Terengganu terdiri daripada empat stesen penumpang, satu stesen kargo serta tiga stesen gabungan penumpang dan kargo. Selain itu, tiga jajaran sampingan juga akan dibina,” katanya.

Selain itu, Noor Azlan berkata pihaknya turut mengambil kira kepentingan penjagaan flora dan fauna khususnya terhadap keselamatan haiwan liar susulan terdapat empat hutan simpan kekal di Terengganu yang akan terlibat dalam projek berkenaan.

“Terdapat empat hutan simpan kekal (HSK) yang akan dibina laluan ECRL iaitu HSK Bukit Bauk, Kuala Paka, Terendak dan Kuala Kemaman. Jadi kita telah berbincang dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membina lintasan hidupan liar di kawasan yang terlibat bagi menjamin keselamatan haiwan-haiwan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd