• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Sains Islam Malaysia Tembusi Singapura

oleh
19/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAM dan sains amat berhubung kait antara satu sama lain dan sinergi antara keduanya inilah yang menjadikan ilmu ini begitu menarik untuk diterokai.

Jika kita memahami dan mendalami ayat-ayat al-Quran, terdapat banyak fakta mengenai sains dan alam sekitar yang telah melahirkan ilmuwan-ilmuwan sains Islam terutamanya semasa zaman kegemilangan Islam.

Berikutan itu, Pertubuhan i-Backyard Science (i-BS), Malaysia yang bernaung di bawah Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) menyasarkan untuk menerapkan budaya sains dan Islam kepada kanak-kanak peringkat sekolah.

Peserta mempelajari tentang kejadian malam dan siang.

Malah, inisiatif I-BS telah berjaya menembusi Singapura apabila dipelawa oleh MZ Academy, Singapura menganjurkan program bertemakan sains Islam sempena sesi cuti persekolahan di Geylang.

Program yang dinamakan Scientist Islam Workshop telah berjaya menghimpunkan seramai 33 orang pelajar yang berusia antara 7 sehingga 14 tahun bermula hari Rabu hingga Khamis lepas.

Objektif program adalah menggunakan modul Sains Tauhidik i-BS bagi melatih peserta memahami tafsir Surah As-Syams dari sudut pandang sains, menjalankan siri eksperimen menarik bertemakan matahari dan melaksanakan resolusi sebagai khalifah terhadap dunia pada masa depan.

Peserta bersedia untuk melakukan aktiviti Bebola Biji Benih.

Sepanjang program, peserta telah didedahkan dengan panduan mengerjakan solat dengan betul dan menghayati hikmah penciptaan matahari, kehidupan makhluk serta cara mensyukuri nikmat tuhan.

Sebanyak 6 aktiviti sains yang dijalankan iaitu Pengesan Sinar UV- Magis Air Bertukar Warna, Konsep 3R, Mengapa Air Laut Tidak Masin?, Bebola Biji Benih, Sains Siang dan Malam serta Kismis Menari.

Program ini telah berjaya membuka mata peserta tentang hubung kait sains yang tidak dapat dipisahkan dengan Islam.

Peserta Bersama Pengasas i-Backyard Science, Siti Fatimah Hamzah.

Pengasas i-BS, Siti Fatimah Hamzah berkata, saintis-saintis hebat di zaman kegemilangan Islam bukan sahaja bersungguh-sungguh mendalami ilmu sains, malah mempunyai keimanan dan takwa yang memandu akal dalam kehidupan mereka.

“Segala yang berlaku di sekeliling kita hendaklah dirujuk kepada Al-Quran dan As-sunnah. Anda akan rasai perbezaannya. Bedah Al-Quran, segala rahsia akan terbongkar,” katanya yang juga pemegang Ijazah Master Sains Haiwan dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Dengan panggilan Saintis Junior i-BS, peserta diterapkan dengan rasa bangga sebagai seorang Muslim dan mahu bertindak sebagai khalifah.

Peserta Dibimbing Fasilitator Melakukan Eksperimen Sains.

Menurut salah seorang fasilitator program, Muhammad Shuib Bin Norudin, manusia yang hebat adalah mereka yang mampu menghubung kait antara sains dengan Islam.

“Peserta-peserta sangat bijak dengan fakta sainsnya. Mereka juga akan menjadi lebih hebat jika mampu mengaitkan ilmu sains dengan Islam,” ujarnya.

Impak daripada pelajaran ini, peserta lebih meminati subjek sains, melihat alam sekitar dengan rasa syukur dan bertanggungjawab sebagai seorang khalifah, menghafaz dan memahami Surah As-Syams dengan lebih baik, menginsafi fenomena pemanasan global yang berlaku ketika ini.

Pihak pengurusan i-BS berharap agar program sains tauhidik seumpama ini dapat diteruskan di Singapura serta di negara jiran lainnya dengan tekad untuk memacu pelajar Muslim mengulangi semula kehebatan ilmu dan tamadun Islam.

Untuk mendapatkan maklumt lanjut berkaitan modul-modul pelajaran sains tauhidik i-BS serta program-program yang ditawarkan, sila hubungi +6018 329 4980/ +6013 248 3820 atau layari pautan Facebook di https://facebook.com/iBackyardScienceiBS/. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: i-BSpesertasains Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Ada Senarai Nama, Minta Peserta EHati Tampil Beri Keterangan

Polis Ada Senarai Nama, Minta Peserta EHati Tampil Beri Keterangan

16/07/2025
0

SHAH ALAM – Polis memanggil semua individu yang menghadiri program eHati di sebuah pusat konvensyen di sini untuk tampil memberi...

KTMB Sedia Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali

Strok Haba: 2 Peserta Kursus Pegawai tempur Di ICU Sudah Sedarkan Diri

16/10/2023
0

JOHOR BAHRU: Dua peserta kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Ulu Tiram yang mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd