Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Komplikasi Khatan: Lesen Perubatan...

SEGAMAT - Lesen perubatan doktor dan klinik boleh digantung sekiranya terdapat unsur kecuaian...

PRK Rompin: Pahang Umum...

NAMPAKNYA penduduk Pahang bakal merasai cuti hujung minggu yang panjang pada minggu ini.Ini...

KJ Mahu Para Belia...

SEREMBAN - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini meminta golongan belia...

1MDB: Najib Akui Ditipu

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengakui pentadbiran beliau...

Prinsip Maqasid Syariah Kekalkan Keharmonian

KUCHING – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mempraktikkan lima prinsip maqasid syariah bagi memastikan negara dapat mengekalkan keharmonian serta kesepaduan antara masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata lima prinsip maqasid syariah iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta penting bagi menjelaskan prinsip ta’ayush atau ‘coexistence’ apabila membicarakan tentang kehidupan masyarakat majmuk negara ini.

Katanya ‘coexistence’ yang lahir dalam masyarakat diraikan sebaik mungkin bahkan Sarawak sering menjadi contoh terbaik untuk menjelaskan konsep tersebut.

“Ada sebuah gereja bersebelahan masjid (di Lutong, Miri) kedua-dua institusi itu berbeza tetapi tidak saling bertembung, bersaing malahan saling membantu sehingga diberitahu pada hari Jumaat kawasan parkir gereja dibuka untuk kemudahan jemaah masjid begitu juga pada hari Ahad parkir masjid dibuka untuk kemudahan mereka yang datang ke gereja.

“Inilah contoh ‘coexistence’ yang dipamerkan, betapa kekuatan, kesepaduan serta semangat dipamerkan akan membantu pertumbuhan ekonomi, sosial serta politik negara kita,” katanya.

Jamil Khir berkata demikian dalam ucapan program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Sarawak menghimpunkan 1,000 peserta di sini hari ini.


Majlis disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu Jamil Khir turut menyampaikan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM46.63 juta kepada Sarawak untuk membayar imbuhan bulanan dan bayaran one-off kepada imam, bilal, noja, guru takmir serta guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA). – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori