• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden China Ucap Tahniah Kepada Putin

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Presiden China, Xi Jinping pada Isnin telah menghantar mesej ucapan tahniah kepada Presiden pilihan Rusia, Vladimir Putin, lapor agensi berita China Xinhua.

‘’Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Rusia telah bersatu dalam mengorak langkah ke arah memperkukuh, merealisasi peremajaan dan pembangunan negara, mencapai kejayaan yang luar biasa dalam pembangunan sosial serta ekonomi, selain memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa.’’

Xi turut melahirkan keyakinan bahawa Rusia akan terus mampu meraih lebih banyak kejayaan dalam pembangunan nasional.

‘’Perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Rusia berada di tahap paling baik dalam sejarah, sekali gus menjadi contoh bagaimana membina hubungan baharu di peringkat antarabangsa yang menampilkan perasaan saling menghormati, kesaksamaan dan keadilan, kerjasama serta keputusan semua menang, dan satu komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia.’’

Beliau berkata China bersedia untuk menjalin hubungan dengan Rusia di peringkat lebih tinggi, memberikan daya penggerak kepada pembangunan nasional di kedua-dua negara, dan mempromosi keamanan serta kedamaian serantau dan global. – BERNAMA

Tags: Presiden China Xi JinpingPresiden Vladimir Putin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17 Mungkin Antara Tajuk Perbincangan Dalam Pertemuan Tun M, Putin

11/11/2018
0

SINGAPURA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia Vladimir Putin di luar...

Kes Racun Skripal ‘Suspek’ Tidak Bersalah – Putin

12/09/2018
0

VLADIVOSTOK - Dua lelaki yang dituduh meracun bekas perisik Rusia Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia didapati tidak melakukan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd