Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Hotel Transylvania 3 Singkirkan...

FILEM animasi Hotel Transylvania 3: Summer Vacation terbitan Sony kekal mengungguli carta box...

Pekebun Ditetak Senda Rakan...

MIRI - Gara-gara mempersendakan rakannya yang menghidangkan daging biawak, seorang pekebun lelaki cedera...

‘Tabligh’ Wanita Dikesan Aktif...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan terdapat...

‘Dottie’ Akur Tawaran Kurang...

PETALING JAYA - Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dottie iaitu Nur Syuhaida...

Polis Thai Patahkan Cubaan Seludup 447 Kg Syabu

BANGKOK – Polis antinarkotik Thailand menahan dua lelaki tempatan dan merampas 447 kilogram dadah jenis syabu di selatan bandar sempadan Hatyai, sebelum sempat diseludup masuk ke Malaysia.

Ketua Biro Pencegahan dan Kawalan Narkotik (NSB) Lt. Jen Sommai Kongvisaisuk ketika mengesahkan kejayaan itu, berkata operasi yang dijalankan semalam turut mendapat kerjasama baik pasukan polis Malaysia di sempadan.

“Dadah itu dibawa masuk ke Malaysia dahulu sebelum diseludup ke negara lain. Dua lelaki, masing-masing dari Hatyai dan Narathiwat, berusia 22 dan 52 tahun berkenaan ditahan kira-kira 6.30 petang (waktu tempatan) semalam ketika menaiki sebuah pikap yang sarat dengan muatan dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pihak berkuasa Thailand telah lama mengesyaki Hatyai, bandar yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari sempadan, digunakan oleh sindiket transnasional sebagai transit sebelum dadah diseludup menyeberangi sempadan ke Malaysia.

Dadah yang dirampas semalam dipercayai berasal dari Segi Tiga Emas yang terletak di sempadan utara Thailand, Myanmar dan Laos serta memang dikenali sebagai antara wilayah pengeluaran dadah paling aktif di dunia.


Sementara itu, sumber memberitahu Bernama, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Malaysia di sempadan telah dimaklumkan tentang cubaan menyeludup 447 kg dadah berkenaan.

“Jika kami gagal memintas dadah itu (di Thailand), pasukan polis Malaysia sudah bersedia (di sebelah Malaysia) untuk mematahkan cubaan tersebut,” katanya mengulas kerjasama kedua-dua negara dalam mengekang penyeludupan dadah transnasional.

Beliau berkata dua lelaki yang ditahan itu mengaku menerima 100,000 baht (RM12,000) daripada seorang lelaki bagi membawa dadah berkenaan ke Hatyai. – BERNAMA

Kategori