• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Kumpulan Samun Kenderaan

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki yang dilaporkan aktif melakukan kegiatan samun kenderaan di sekitar kawasan Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras di Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata polis telah menerima beberapa laporan berhubung kumpulan itu yang dipercayai melarikan dan cuba melarikan kenderaan jenis Toyota Hilux di kedua-dua kawasan itu.

“Sejak akhir Februari lepas hingga semalam, satu kes samun melarikan Toyota Hilux dan empat kes cubaan melarikan Toyota Hilux telah direkodkan.

“Modus operandi kumpulan ini ialah menyerang mangsa yang memandu Toyota Hilux yang berhenti di kawasan pam minyak dan di kawasan tepi jalan dengan menggunakan senjata seperti parang dan pisau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, ASP Mohd Irwan di talian 017-3168097.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.

Hari ini, beberapa gambar kereta dan empat lelaki yang dikatakan aktif menjalankan kegiatan samun dan dirakam di Palm Walk 3, Bandar Sungai Long, tular di laman sosial. – BERNAMA

Tags: ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoffsamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd