• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Rasmi Pangkalan TUDM Sendayan

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi merasmikan Pangkalan Udara Sendayan di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pada 9.20 pagi disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Turut sama menyambut perdana menteri Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai TUDM.

Sejurus tiba perdana menteri menandatangani plak perasmian di Pintu Gerbang Utama PU Sendayan dan disaksikan Hishammuddin, Raja Mohamed Affandi, Affendi serta tetamu kehormat yang lain.

Perdana menteri kemudian menekan butang sebagai gimik perasmian.

Najib kemudian diiringi ke pentas dan menyaksikan persembahan drumline.

Perdana Menteri juga mendengar taklimat pembangunan projek PU Sendayan oleh Pengarah Urusan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta tayangan video pembangunan pangkalan itu di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).

Perdana Menteri kemudian ke Medan Perbarisan untuk pemeriksaan perbarisan.

Dalam rangka lawatan itu, beliau kemudian meninjau Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta segala proses pembangunan yang dilaksanakan di PU Sendayan yang dibina di kawasan seluas 303.5 hektar.

Pangkalan itu menempatkan kompleks sukan, padang golf (sembilan lubang), kemudahan ekuestrian, kolam renang, pusat Islam dan kompleks kediaman.

Berbanding PU Kuala Lumpur yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman, PU Sendayan dibina dengan 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, rumah berkembar dua serta pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya.

Projek membangunkan PU Sendayan, yang dimulakan pada 2013, dirancang untuk dijadikan pusat latihan iktisas atau profesional bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan.

PU Sendayan juga bakal menjadi pusat latihan profesional terbesar negara untuk pegawai dan anggota TUDM dan akan menghimpunkan kesemua tiga pusat latihan TUDM di Subang dan Kinrara, Selangor dan Pulau Pinang untuk berada di bawah satu bumbung.

Fasiliti itu, yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban, bagaimanapun tidak mempunyai landasan penerbangan kerana ia tidak melibatkan operasi penerbangan.

Pembangunan PU Sendayan yang berkeluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti sedia ada, merupakan sebahagian daripada rancangan penyusunan semula PU Kuala Lumpur di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang akan dibangunkan menjadi Bandar Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakTUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd