• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinjaman Phang Beli Banglo Diluluskan RM2.125 Juta

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa permohonan pinjaman bagi pembelian banglo oleh ahli perniagaan Phang Li Koon pada 2008 diluluskan sebanyak RM2.125 juta, sebelum dijual kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tujuh tahun kemudian pada harga RM2.8 juta.

Choong Sung Yean, ketika itu pengurus cawangan Public Bank di Lebuh Bishop, di sini, berkata demikian semasa menjawab soalan peguam Datuk V.Sithambaram, yang mewakili Phang, mengenai jumlah pinjaman yang diluluskan oleh bank itu terhadap anak guamnya.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam itu, Choong, 60, yang merupakan saksi pendakwaan ke-10, berkata Phang membayar ansuran bulanan sebanyak RM11,872 ke atas rumah itu termasuk bayaran pokok dan faedah.

Seorang lagi saksi, Yeoh Yit Pheng, yang ketika itu pengurus perniagaan di cawangan bank berkenaan, mengesahkan surat bertajuk ‘Application for Credit Facilities ‘ (Permohonan Pemberian Kemudahan Kredit) bertarikh 5 Sept 2008 adalah daripada bank itu kepada Phang.

“Saya sahkan bahawa surat tawaran ini adalah untuk memaklumkan Phang bahawa permohonan pinjaman telah diluluskan oleh Public Bank. Turut disertakan sekali dengan surat ini adalah ‘Letter of Offer’ (Surat Tawaran) yang perlu diterima dan ditandatangani oleh pemohon dalam masa tujuh hari,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata pendaftaran semasa rumah itu adalah di bawah nama Ming Holdings (M) Sdn. Bhd. dan kemudian hak milik hartanah itu dipindah milik ke atas nama Phang.

Yeoh, 47, berkata beliau menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pengesahan dokumen berkaitan akaun permohonan pinjaman pembelian atas nama Phang.

Saksi pendakwaan ke-11, Ch’ng Joo Keat, yang merupakan pengurus perkhidmatan perbankan, di cawangan sama, mengesahkan Phang membuat permohonan pinjaman itu.

Seorang lagi saksi ialah Nor Ain Abdul Rahman, penolong pendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hari ini pendakwaan memanggil 11 saksi dan perbicaraan akan bersambung esok dengan pihak pendakwaan akan memanggil 14 saksi.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai, 2014

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 21 Oktober 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: bangloPhang Li Koon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Hadiahkan Banglo Kepada Qari Juara Tilawah

Kelantan Hadiahkan Banglo Kepada Qari Juara Tilawah

06/09/2023
0

KOTA BHARU : Kerajaan Kelantan akan menghadiahkan sebuah banglo kepada qari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang muncul juara kategori...

28 Mei Sebutan Semula Kes Rasuah Guan Eng, Isteri, Li Koon

19/02/2021
0

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menetapkan 28 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes salah guna kuasa bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd