• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sarawak Mahu Muslim Mudah Dimurtadkan

oleh
04/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… Pakatan Harapan (PH) Sarawak menggesa kerajaan ne­geri meminda undang-undang negeri tersebut bagi memastikan terdapat garis panduan jelas untuk Muslim yang ingin murtad.

Pengerusi PAN Sarawak, Fidzuan Zaidi berkata, prosedur operasi standard (SOP) perlu jelas agar golongan murtad bebas menerima ‘Surat Pelepasan’ bagi membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai bukan Muslim.

“SOP tersebut sangat diperlukan supaya individu yang ingin keluar daripada agama Islam akan lebih jelas tahu apa langkah susulan yang perlu dilakukan oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan bersama di Kuching semalam.

Kenyataan biadab itu turut ditandatangani Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian sekali gus menggambarkan PH memang mahu ramai lagi Muslim murtad secara bebas sesuka hati.

Ia juga jelas membayangkan senario yang bakal berlaku jika Malaysia diperintah PH kelak apabila umat Islam tidak terikat dengan ajaran tersebut dan menghina perlembagaan yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan.

Mengulas dengan lebih lanjut, Fidzuan menambah bahawa konon prosedur perlu jelas untuk individu yang ada dokumen bagi membuktikan mereka terutama mualaf tidak lagi amalkan cara hidup harian sebagai orang Islam.

Ini juga untuk mereka yang dilahirkan sebagai Muslim tetapi mempu­nyai niat meninggalkan ajaran agama kerana mahu hidup bebas dan secara tidak langsung boleh murtad untuk berkahwin dengan pasangan bukan Islam.

Dalam masa sama, katanya, garis panduan yang jelas terhadap peguam termasuk beragama Islam perlu wujud bagi membenarkan mereka dapat hadir di Mahkamah Syariah serta mencari jalan bagi anak guam mereka itu murtad.

“Langkah ini kerana bahawa banyak peguam Syariah akan enggan mengambil kes murtad ekoran takut dijenamakan sebagai memurtadkan Me­layu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi akaun Facebook Chieng Jen di sini.

Untuk rekod, ramai peguam bukan Muslim pro-PH sering mengendalikan kes murtad melibatkan mualaf di Sarawak dengan mendakwa konon kebebasan keluar daripada Islam adalah hak asasi manusia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: mualafMurtad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ucapan Murtad Bukan Kalimah Mainan Raih Populariti, Simpati

19/03/2021
0

SHAH ALAM - Ucapan murtad bukan kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan di bibir serta bukan ucapan kontroversi untuk...

Polis Buru Lelaki Murtad Wanita Islam

25/02/2021
0

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang memburu seorang lelaki yang tular dalam media sosial baru-baru ini kerana dipercayai memurtadkan seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd