• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petronas Meterai Perjanjian Bekal LNG Dengan Tokyo Gas

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Petronas, Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) akan membekalkan gas asli cecair (LNG) dalam tempoh sehingga 13 tahun kepada Tokyo Gas Co Ltd.

Mengikut terma Perjanjian Induk (HOA) yang ditandatangani kedua-dua pihak, bekalan kepada Tokyo Gas bermula April 2018 adalah kira-kira 0.5 juta tan setahun bagi enam tahun pertama, dengan kemungkinan jumlah itu meningkat kepada sehingga 0.9 juta tan setahun bagi tempoh lanjutan.

Dalam kenyataan di sini, Naib Presiden Pemasaran dan Dagangan LNG, Ahmad Adly Alias berkata Petronas kekal amat komited untuk menyediakan bekalan LNG boleh dipercayai menerusi operasi bersepadunya yang membolehkan penyelesaian jangka panjang dan pendek kepada pelanggan.

“HOA itu adalah bukti kekuatan dan kebolehpercayaan Petronas dalam menyediakan penyelesaian anjal​​​​​​​ untuk memenuhi keperluan pembeli yang berbeza,” katanya.

Petronas, melalui MLNG, terus memperkukuhkan hubungan perniagaan yang terjalin selama 35 tahun​​​​​​​dengan Tokyo Gas menerusi perjanjian baharu berkenaan selepas penghantaran kargo ke-10,000 kepada syarikat gas Jepun tersebut pada Oktober tahun lepas, menurut kenyataan itu.

MLNG mengendalikan Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak, antara kompleks LNG terbesar dunia yang beroperasi di tapak tunggal.

Kompleks yang dilengkapi sembilan kemudahan pencecairan dan penulenan itu memiliki gabungan kapasiti pengeluaran tahunan kira-kira 30 juta tan.

Petronas, peserta LNG global bersepadu dengan pengalaman lebih 35 tahun, mempunyai reputasi kukuh sebagai pembekal LNG boleh dipercayai dan penyedia penyelesaian. – BERNAMA

Tags: LNGpetronas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Makan Terlebih Garam Setiap Hari

Next Post

113 Peneroka Bukit Cerakah Saman MB Selangor

Related Posts

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

23/04/2025
2

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang....

Next Post

113 Peneroka Bukit Cerakah Saman MB Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd