• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Dapat Manfaat Kemudahan PPL FAMA

oleh Ahmad Albab
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Lebih 3,000 petani kawasan luar bandar Sabah kini menikmati kemudahan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) yang diwujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di 34 lokasi di seluruh negeri ini.

Pengarah Fama Sabah Ribin Wahid berkata PPL yang kebanyakannya terletak di luar bandar itu telah memudahkan petani memasarkan hasil pertanian mereka sama ada melalui Fama atau syarikat pemborong swasta untuk pasaran eksport mahupun tempatan.

Kemudahan berkenaan juga mengurangkan risiko kerosakan hasil tanaman petani disebabkan kelewatan memasarkannya atas faktor kos pengangkutan dan infrastruktur asas.

Menurut Ribin, PPL berkenaan antara lain telah diwujudkan oleh Fama di Tenom, Ranau, Keningau, Kota Marudu, Kemabong, Kinabatangan, Beaufort dan Tawau.

“Pada masa ini, 80 peratus hasil pertanian yang dipasarkan di PPL itu adalah pisang Sabah, yang lain adalah kelapa dan limau bali,” katanya kepada Bernama.

Katanya dengan adanya PPL berkenaan, semangat petani untuk mengusahakan tanah mereka terutama tanaman pisang Sabah kian meningkat kerana mereka tidak perlu lagi terlalu risau mengenai pemasaran keluaran pisang itu, selain berpeluang mendapat harga pasaran lebih baik.

Menurut Ribin, sebelum PPL diwujudkan, harga pisang dijual cuma pada kadar RM5 setandan namun kini ada pisang Sabah dijual sehingga RM20 setandan, bergantung kepada saiz dan kualiti.

“Biasanya, petani yang menggunakan PPL adalah didaftarkan sebagai peserta ladang kontrak yang dikelolakan oleh Fama dan Jabatan Pertanian. Bagaimanapun, petani yang tidak berdaftar sebagai peserta ladang kontrak juga dibenarkan menggunakan kemudahan itu,” katanya.

Memberi contoh bagaimana PPL berkenaan menggalakkan peningkatan pengeluaran pisang Sabah, Ribin berkata Fama mengendalikan pengeksportan kira-kira 10,300 tan metrik pisang Sabah bernilai RM13.5 juta tahun lalu hasil kutipan Fama dari PPL berkenaan.

Katanya jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding 1,700 tan metrik bernilai RM924,000 yang direkodkan pada tahun 2012.

“Berdasarkan tinjauan rambang yang kami lakukan di kalangan penanam pisang Sabah, kami dapati hasil pendapatan petani yang menanam pisang Sabah di atas tanah seluas 2 hektar adalah lebih lumayan berbanding beberapa tanaman komersial lain bagi keluasan tanah yang sama, ” katanya.

Ribin berkata pembukaan PPL berkenaan juga telah menggalakkan pihak swasta masuk ke kawasan-kawasan luar bandar untuk membeli keluaran pertanian petani untuk dipasarkan di kawasan-kawasan bandar atau untuk tujuan eksport.

Mengenai peranan Fama dalam mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah ekoran peningkatan kos sara hidup, Ribin berkata Fama melaksanakan banyak program termasuk ‘Jimat Belanja Dapur’ (JBD) bagi menjual tujuh jenis barangan kawalan seperti minyak masak, gula, tepung, beras dan sebagainya di outlet-outlet agensi itu di seluruh Sabah.

Katanya barangan yang dijual di outlet Fama seperti Agrobazaar Rakyat 1Malaysia (AgBR1M) dan Pasar Tani berkenaan dijual pada harga berpatutan iaitu lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

“Program ini dilaksanakan secara berterusan mengikut jadual yang kita telah tetapkan. Pada masa ini, kita telah mengadakan program JBD di lebih 20 lokasi di seluruh Sabah, antaranya di Lahad Datu, Tenom, Kudat, Sandakan, Beluran, Keningau, Kinabatangan, Kota Belud, Papar dan Tawau. – BERNAMA

Tags: FAMAPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd