• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Perujukan 4 Individu Cabar PAA Ditolak

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan permohonan perujukan oleh empat individu untuk mencabar keperlembagaan peruntukan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusi panel lima hakim menegaskan perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan empat individu itu untuk merujuk perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan berhubung persoalan perlembagaan adalah tidak tepat.

Beliau mengembalikan perkara itu ke Mahkamah Rayuan untuk pendengaran merit rayuan yang dibawa oleh aktivis sosial Thomas Fann Peng Fong, Koh Jit Huat, Ketua PKR bahagian Tebrau Steven Chong Shiau Yoon, dan anggota PKR Mohd Salleh Ahmad terhadap sabitan ke atas mereka kerana mengambil bahagian dalam perhmpunan itu pada 2013.

Beliau menetapkan 29 Mac untuk sebutan kes itu.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang turut bersidang bersama beliau ialah Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Pada 9 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk mahkamah itu (Mahkamah Tinggi) membuat keputusan sama ada terdapat isu perlembagaan untuk dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

Mahkamah Rayuan turut menangguhkan rayuan empat individu itu berhubung sabitan dan hukuman ke atas mereka.

Pada Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Johor Bahru bersetuju untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan dan menolak bantahan pihak pendakwaan bahawa perujukan itu adalah tidak kompeten.

Permohonan perujukan itu dijadual didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam prosiding hari ini di Mahkamah Persekutuan, Timbalalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud mengemukakan bantahan dengan menyatakan permohonan perujukan itu tidak kompeten disebabkan peruntukan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 tidak dipatuhi.

​​​​​​​Beliau berkata keempat-empat individu itu tidak boleh mencabar keperlembagaan Seksyen 4(2)(b) PAA oleh kerana mereka telahpun disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Katanya kes itu berasal dari Mahkamah Sesyen dan keempat-empat individu itu seharusnya membangkitkan keperlembagaan seksyen 4 (2) (b) di Mahkamah Sesyen untuk dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan mereka tidak seharusnya mengemukakan cabaran keperlembagaan itu di Mahkamah Tinggi.

Fann, jurutera Koh, Chong Shiau Yoon, dan Mohd Salleh, didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘Bebaskan Adam Adli’ berhampiran stesen minyak di Jalan Tun Razak di Johor Bahru pada 21 Mei, 2013.

Mahkamah Sesyen, pada Januari 2015, mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan itu dan menjatuhi denda masing-masing RM5,000 atau penjara tiga bulan.

Pada 18 Feb, 2016, Mahkamah Tinggi menolak rayuan mereka terhadap sabitan itu tetapi mengurangkan denda kepada masing-masing RM1,500 atau penjara sebulan. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd