• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlaksanaan B10 Lonjak Pengeluaran Biodesel

oleh Ahmad Albab
19/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan biodiesel B10 dalam negara boleh membantu merangsangkan pengeluaran biodiesel kepada satu juta tan setahun daripada 700,000 tan sekarang ini, berikutan peningkatan permintaan daripada sektor pengangkutan, menurut seorang peneraju industri.

Presiden Persatuan Biodiesel Malaysia U.R. Unnithan berkata, mandat itu mungkin akan dikuatkuasakan oleh negara ini selepas pilihan raya umum nanti.

Biodiesel B10 terdiri daripada campuran 10 peratus ester metil minyak sawit dan 90 peratus diesel biasa.

“Kami percaya sekarang ini adalah masa terbaik (bagi perlaksanaan B10) memandangkan harga minyak mentah berada lebih kurang US$60 setong.

“Anda akan melihat harga minyak sawit turun di bawah RM2, 500 satu tan. Ini adalah masa terbaik tetapi disebabkan Malaysia berada dalam suasana pilihan raya, ia mungkin perlu menunggu sehingga pilihan raya berakhir,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Unnithan, yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sumwin Global, menegaskan kerajaan perlu mempercepatkan penggunaan adunan biodiesel kerana ia boleh menyokong industri minyak sawit.

“Penggunaan biodiesel yang tinggi akan memberikan sokongan kepada harga minyak sawit, ini adalah sesuatu yang baik untuk industri kelapa sawit secara keseluruhan, termasuk juga pekebun kecil yang terjejas jika harga jatuh,” katanya.

Katanya, terdapat tentangan yang minima tetapi ia tidak akan menghalang perlaksanaan ini.

“Pada awalnya, terdapat beberapa isu-isu dengan pengeluar kenderaan, mereka mendakwa perlaksaan ini akan memberi kesan kepada isu jaminan enjin dan mereka perlukan lebih banyak ujian tetapi banyak kerja dan perbincangan telah pun dibuat berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Persatuan Biodiesel Malaysia mempunyai 17 anggota dengan jumlah kapasiti keseluruhan sebanyak 2.1 juta tan metrik setahun. – BERNAMA

Tags: biodiesel B10
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Program B10 Pada Kenderaan Diesel Mulai 1 Feb, 2019

11/12/2018
0

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan program Biodiesel B10 iaitu adunan 10 peratus biodiesel sawit dan 90 peratus diesel fosil –...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd