Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Tak Perasan Berbual Dengan...

Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita...

Bapa Simbah Anak Bongsu...

KUALA LUMPUR : Seorang bapa yang mendera anak bongsunya dengan menyimbah air panas...

Larinya Seorang Penerima Anugerah...

DUNIA mengagumi hingga 1991, wanita yang meringkuk dipenjarakan Junta Tentera dan tahanan rumah...

Rakyat Malaysia Perlu Berterima...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) senada dengan DAP bahawa rakyat Malaysia...

Perkhidmatan Noor Rashid Disambung Setahun

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh perkhidmatan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, disambung setahun lagi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya masih menunggu surat perkenan daripada Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Tempoh perkhidmatan Noor Rashid akan disambung setahun lagi,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 di sini, hari ini.

Noor Rashid, 60, dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Disember 2014 dan bakal bersara wajib pada 17 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd, tidak perlu digantung tugas atau mengambil cuti seperti desakan beberapa pihak.

Katanya, Wan Najmuddin sudah memberi penjelasan sepenuhnya mengenai isu akaun bank di Australia.

“Beliau (Wan Najmuddin) perlu kekal di situ dan tidak perlu mengambil cuti,” katanya.


Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung wang berjumlah AUD$320,000 (RM972,000) dalam sebuah akaun bank dibekukan di Australia milik Wan Najmuddin.

Beberapa pihak termasuk pihak pembangkang mendesak Wan Najmuddin digantung tugas sementara siasatan terhadapnya dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, sebelum ini dilaporkan berkata, wang dalam akaun bank milik Wan Najmuddin adalah dari sumber yang sah. – BH ONLINE

Kategori