• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Beg Plastik Di Bawah Kuasa Negeri

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan barangan polisterina dan beg plastik serta pengurusan buangan domestik terletak di bawah kerajaan negeri, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini masih belum ada satu dasar khusus mengenai penggunaan polisterina dan plastik di negara ini.

“Pihak kerajaan negeri boleh memutuskan dasar yang dilakukan kerana setakat ini tidak ada dasar nasional mengenai hal ini (penggunaan beg plastik),” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang mempersoalkan adakah janji Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberi beg plastik percuma di Selangor jika berjaya menawan semula negeri itu bertentangan dengan usaha kerajaan dalam melaksanakan pemuliharaan alam sekitar.

Wan Junaidi berkata pihaknya tidak melihat sebarang percanggahan mengenai janji BN di negeri itu.

“Saya tak melihat berlaku percanggahan dalam isu ini…BN Selangor tak sebut pun plastik yang akan digunakan itu biodegrasi atau tidak. Sekarang ini, saya dimaklumkan, pihak Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi juga sedang mengkaji untuk mencari jenis plastik biodegrasi yang boleh dipakai,” katanya.

Februari lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya bersedia mengkaji semula dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri Selangor sejak tahun lalu yang mengenakan caj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik sekiranya BN berjaya menawan semula negeri itu. – BERNAMA

Tags: beg plastikWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

Selangor Cadang Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Jumaat-Ahad Tahun Depan

25/11/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan...

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd