• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kampung Nelayan Benteng Adakan Solat Hajat

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR — Penduduk Kampung Nelayan Benteng, Pantai Leka, Parit Jawa di sini dan beberapa kampung sekitar akan mengadakan solat hajat dan tahlil di Surau Pantai Leka selepas solat Maghrib malam ini.

Ketua Kampung Benteng, Azhar Muharam, 48, berkata solat hajat itu diadakan bagi mendoakan keselamatan 14 kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang dipercayai masih terperangkap dalam perut kapal tersebut.

“Kita menjemput semua penduduk kampung termasuk ahli keluarga dan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut bersama kita,” katanya kepada Bernama di lokasi Pos Kawalan SAR Pantai Leka dekat sini, hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan pasukan SAR menemukan empat orang terbabit yang terdiri daripada warga negara China dan salah seorangnya meninggal dunia dan dipercayai masih terdapat 14 orang kru masih terperangkap dalam kapal tersebut.

Azhar berkata beliau menjangkakan seramai 50 orang jemaah akan mengikuti solat hajat berkenaan.

“Kita harapkan semua mangsa dapat diselamatkan oleh SAR. Jumpa atau tidak, kita cuba ikhtiar,” katanya. — BERNAMA

Tags: solat hajat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

Gempa Bumi Segamat: Agong Titah Semua Masjid Dan Surau Di Johor Laksana Solat Hajat, Doa Selamat

30/08/2025
0

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan semua masjid dan surau di Johor mengadakan solat hajat serta doa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd