Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Video: Sekumpulan Bangla, Seorang...

KEPENTINGAN pekerja asing kepada negara membangun seperti Malaysia tak mungkin dapat dinafikan tetapi...

15,000 Banduan, Bekas Banduan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan...

Perang Iran-Arab Saudi Sudah...

SHAH ALAM - Dunia dikejutkan dengan pendedahan beberapa jam lalu oleh Kementerian Pertahanan...

Perak Tubuh Jawatankuasa Khas...

SUNGKAI - Kerajaan negeri Perak menubuhkan satu pasukan Jawatankuasa Khas Menangani Rabies Perak untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan agar penyakit itu tidak merebak ke kawasan lain.Menteri Besar Datuk Seri...

Pelanggan Berang Makanan Diludah Pekerja Restoran

JIJIK… Satu rakaman video yang mengejutkan ramai tular di media sosial apabila seorang pekerja restoran Pita Pit di Missoula, Montana, Amerika Syarikat bertindak meludah ke dalam makanan seorang pelanggan.

Dalam insiden yang disengajakan itu, pekerja tersebut melakukan perkara jijik tersebut setelah berperang mulut berkenaan sesuatu yang tidak diketahui sebabnya dengan seorang pelanggan.

Rakaman tersebut dimuat naik ShaeLynn Madplume di laman Facebooknya menceritakan bahawa dia dan rakan-rakannya singgah ke restoran berkenaan pada jam 2 pagi dan dilayan secara teruk sejak melangkah masuk ke premis berkenaan.

Jelas ShaeLynn, dia dan rakan-rakannya hanya ingin membungkus makanan namun pekerja berkenaan menunjukkan reaksi negatif terhadap mereka dengan alasan sedang melalui hari yang teruk dan tidak rasa seperti mahu bekerja.

Video tersebut bermula dengan pekerja yang tidak dinamakan itu bertanya sesuatu kepada pelanggan tersebut dalam nada tidak puas hati.

“Anda nak saya buatkah?” tanya pekerja tersebut.

“Buatlah, aku cabar kau!” jawab pelanggan berkenaan.

Pekerja itu kemudiannya membuka bungkusan makanan itu, dan bertindak meludah ke dalamnya hingga membuatkan pelanggan itu dan rakan-rakannya terkejut.

Tindakan biadap itu mencetuskan kemarahan pelanggan tersebut yang memanjat kaunter dan melemparkan makanan itu ke arah pekerja berkenaan.

Mereka kemudiannya bertekak dengan pelanggan tersebut mengatakan bahawa sejak mereka masuk ke Pita Pit, pekerja itu sudah mula menunjukkan reaksi kurang senang dengan kehadiran mereka.


Staf biadap itu kemudiannya membalas mengatakan bahawa dia bertindak sedemikian kerana kedai tersebut sudah tutup dan dia sudah mahu pulang ke rumah sewaktu mereka melangkah masuk meminta pesanan.

ShaeLynn di laman Facebooknya menepis dakwaan bahawa restoran tersebut telah tutup kerana waktu operasinya adalah sehingga jam 3 pagi sedangkan mereka datang ke sana sejam sebelum restoran itu menamatkan operasinya untuk hari berkenaan.

Sejurus kejadian itu, ShaeLynn memuat naik video berkenaan dan meraih beratus ribu tontonan sehingga mendapat perhatian pemilik restoran berkenaan.

Susulan tularnya video itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Nancy berkata dia dan suaminya merupakan pemilik restoran berkenaan memohon maaf menerusi laman Facebook Pita Pit Missoula atas tindakan pekerja itu yang sudah pun dipecat selepas insiden berkenaan.

Jelas Nancy, mereka sangat malu dengan tindakan salah seorang staf mereka itu yang telah memalukan nama restoran Pita Pit Missoula selain turut menegaskan tiada alasan untuk staf mereka tersebut bertindak sebegitu.

“Jika suami saya dan saya boleh mengulang semula waktu, kami akan memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun ia adalah mustahil.

“Pihak kami ingin memnta maaf kepada anda (ShaeLynn), rakan-rakan anda serta komuniti Missoula. Terimalah permohonan maaf tulus ikhlas dari kami,” tulis kenyataan tersebut.

Insiden ini nyata mengejutkan orang ramai yang menyaksikan video berkenaan. Walau apa pun perkara yang terjadi, sama ada pelanggan bertindak kurang ajar atau apa sekalipun, ia bukanlah alasan untuk seorang pekerja bertindak biadap seperti ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori