Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Nasi Lemak Gay Gulung...

KETIKA kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak...

Pekerja Dibunuh, Tidak Puas...

PARIT - Gara-gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri, dipercayai motif seorang lelaki...

Penerima Rumah PR1MA Gembira...

SUNGAI PETANI - Penerima rumah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini melahirkan...

Tambah T’nG RM200 Tapi...

PERNAHKAH anda menghadapi masalah ketika menambah nilai kad Touch 'n Go anda? Jika...

Pelajar Malaysia Dipuji Bantu Warga India Terlibat Nahas

SEORANG pelajar perubatan Malaysia mendapat pujian netizen kerana tindakannya berusaha menyelamatkan penduduk tempatan yang terlibat dalam nahas jalan raya di Belgaum, India.

Semasa kejadian, Amira Natasha Ahmad Azman dalam perjalanan menuju ke kelas di Hospital Yellur dan mendapati jalan biasa yang dilaluinya menjadi sesak dengan sekumpulan orang awam sedang berkumpul.

Pelajar tahun empat USM KLE International Medical Programme (USM-KLE IMP) itu menuju ke kawasan tersebut dan mendapati terdapat banyak kesan darah di jalan raya sebelum menemui mangsa kemalangan motosikal.

Peliknya, ketika ditemui, orang ramai di kawasan tersebut hanya sekadar memerhatikan tanpa cuba membantu mangsa mendapatkan rawatan.

Mangsa yang berlumuran darah terbaring di atas jalan hampir 10 minit dengan keadaan beg masih bersangkut dan berbutang atas.

Menurut Amira, sebahagian warga India mempercayai tahyul konon individu yang mengalami kemalangan bakal membawa malang kepada orang yang membantunya.

Malah mereka juga tidak mahu membebankan diri apabila perlu berurusan dengan pihak polis.

Amira yang berpakaian baju makmal putih diminta untuk membantu mangsa.

“Kawan mangsa meminta bantuan daripada saya dengan memanggil saya doktor. Mungkin sebab saya memakai baju makmal dan dia sangat mengharapkan saya menolong rakannya itu.


“Tanpa berfikir banyak, saya pun terus ke arah mangsa, merawat mangsa melakukan CPR dan meminta orang di sekeliling menelefon ambulans,” katanya menerusi satu rakaman video.

Tambah Amira lagi, ambulans sampai sekitar 30 minit kemudian bagi membawa mangsa ke hospital.

Namun, mangsa telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan tersebut.

Walaupun mangsa tidak berjaya diselamatkan namun usaha yang dipaparkan oleh Amira ketika insiden tersebut mendapat pujian yang bukan hanya orang awam di kawasan tersebut malah diberi pujian oleh kebanyakkan netizen di media sosial.

Difahamkan bahawa kejadian yang berlaku pada Selasa lalu adalah kemalangan antara dua buah motosikal yang berlanggaran dalam satu simpang.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya mengambil tahu asas pertolongan cemas dan tidak hanya mengambil gambar ketika kemalangan sedang berlaku. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori